ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser  SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X, baru-baru ini.

Zeekr 8X yang merupakan SUV  berprestasi tinggi dijadualkan membuat penampilan sulung globalnya pada separuh pertama tahun 2026 (1H 2026).

Seperti mana Zeekr 9X, Zeekr 8X  ini juga dibina berasaskan platform SEA-S milik Geely, dan menampilkan seni bina bateri 900 volt yang menyokong pengecasan pantas sehingga 6C. 

image.png

Walaupun angka terperinci masih belum didedahkan, kita boleh menjangkakan 8X akan menggunakan rangkaian kuasa PHEV yang sama seperti 9X, yang mana ia mungkin hadir dengan  tiga motor dan mampu menghasilkan kuasa lebih 1,000 hp.

Untuk membantu 8X mengharungi permukaan lasak, SUV PHEV ini dilengkapi dengan sistem Haohan AI Digital Chassis proprietari Zeekr. Dalam senario pemanduan ekstrem seperti tayar pecah di permukaan basah, sistem ini membantu 8X membrek dan berhenti dengan selamat serta stabil, selain mampu menyesuaikan  pelbagai keadaan luar jalan termasuk salji tebal, lumpur, pasir dan batu.

image.png

Daripada imej teaser, 8X yang diselubungi dengan pelekat penyamaran  kelihatan mengekalkan reka bentuk SUV berbentuk kotak seperti 9X, namun dalam saiz yang kelihatan lebih kecil. Untuk makluman, Zeekr 9X mempunyai panjang 5,239 mm, lebar 2,029 mm, tinggi 1,819 mm, serta jarak roda 3,169 mm.

image.png

Melihat bahagian luarannya, ia hadir dengan   lampu hadapan LED berbentuk C, rekaan gril hadapan yang ringkas dengan bukaan udara bawah yang lebar, unit LiDAR yang dipasang di bumbung, lampu belakang LED penuh lebar dengan hujung berbentuk C ala Zeekr 7X, pemegang pintu biasa, serta rim aloi hitam berkilat bersaiz besar dengan angkup brek berwarna merah.

Dikhabarkan, Zeekr 8X dijangka menampilkan pakej bantuan pemanduan termaju G-Pilot milik Geely. Laporan tempatan turut menyatakan bahawa SUV ini mungkin ditawarkan dalam konfigurasi tempat duduk lima, enam atau tujuh tempat duduk.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Zeekr 8X dijadualkan membuat debutnya pada separuh pertama 2026.

Memandangkan Zeekr 9X kini dijual pada harga bermula 465,900 yuan (RM270,334) di China, CarNewsChina melaporkan bahawa harga Zeekr 8X mungkin dijual sekitar  430,000 yuan (RM249,503).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG3487

SELANGOR

BSR6314

JOHOR

JA3691J

PULAU PINANG

PSD8245

PERAK

APJ8719

PAHANG

CFH1753

KEDAH

KGH1272

NEGERI SEMBILAN

NEK9364

KOTA KINABALU

SJT1157

KUCHING

QAB2084P

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.

13-02-2026
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
Global

Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.

22-01-2026
EV
Berita Auto

Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.

22-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
EV

Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!

Walaupun baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia beberapa bulan lalu, model Zeekr 7X sudah pun ‘melalui evolusi’ besar-besaran di China.

23-10-2025

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.