- Berita
- Berita Auto
- PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana
PRASARANA Rekod 1.63 juta penumpang pada 2025, Antara Paling Tinggi Dalam Sejarah Prasarana

Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata jumlah perjalanan penumpang harian sepanjang tahun 2025 turut meningkat secara signifikan iaitu sebanyak 11 peratus kepada 1.31 juta, daripada 1.18 juta pada tahun sebelumnya.

"Pencapaian ini membuktikan kebolehpercayaan operasi perkhidmatan rel dan bas yang semakin kukuh dan konsisten.
"PRASARANA juga berjaya mengurangkan jumlah bilangan gangguan perkhidmatan rel kepada hanya 31 gangguan pada tahun 2025 berbanding 71 gangguan yang direkodkan pada 2024, iaitu penambahbaikan sebanyak 56 peratus.
"Kejayaan prestasi yang memberangsangkan itu adalah hasil inisiatif yang digerakkan sejak tahun 2021 seperti penyelenggaraan aset yang lebih sistematik dan proaktif, pengukuhan kecekapan operasi serta penambahbaikan ketepatan masa perkhidmatan bagi memastikan perjalanan penumpang lebih lancar dan terancang," katanya.Beliau berkata demikian pada sesi Pembentangan Laporan Prestasi PRASARANA 2025 dan Pelan 2026 di Menara PRASARANA.
Mengenai perkembangan dan penambahbaikan segmen bas, Loke berkata pada tahun 2025, ketersediaan perkhidmatan (Level of Service – LOS) RapidBus berjaya mencatat peningkatan kepada 1,355 bas, berbanding 1,165 pada tahun sebelumnya.
"Jumlah itu termasuk ketersediaan perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) yang sudah dipertingkatkan pada tahun lalu.
"Usaha pemodenan armada bas sedang giat dilaksanakan, dengan perolehan 310 bas diesel baharu yang diterima secara berperingkat sejak tahun lalu yang dijangka lengkap sepenuhnya menjelang Februari 2026.
"Sebanyak 250 bas elektrik fasa pertama disasarkan untuk penghantaran awal pada Mac 2026, dengan keseluruhan perolehan dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac 2027," katanya.
Loke berkata, daripada segi penambahbaikan kemudahan, PRASARANA berjaya menyiapkan 301 hentian bas dan 16 laluan pejalan kaki.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge