Proton e.MAS 7 Kategori A Masuk Singapura

PROTON memulakan tahun 2026 dengan memperkukuh strategi eksportnya menerusi pengenalan varian 100kW Proton e.MAS 7 di Singapore Motorshow, baru-baru ini.
Selepas kembali ke Singapura pada 2025, PROTON meneruskan momentum dengan memperluaskan barisan model e.MAS.
Sambutan kukuh terhadap e.MAS 7 varian 160kW telah membuka laluan kepada pengenalan varian baharu yang disesuaikan dengan keperluan peraturan tempatan, sekali gus menandakan fasa seterusnya dalam strategi pengembangan pasaran serta peluasan EV berasaskan eksport PROTON.

Direka khusus untuk pasaran luar negara, varian Proton e.MAS 7 100kW membolehkan model ini mematuhi peraturan COE Kategori A di Singapura, seterusnya membolehkan ia ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan tanpa menjejaskan kelebihan utama dari segi prestasi, keselamatan dan kebolehgunaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation.Edmund Lim Meng Thong,“Pengenalan varian 100kW untuk pasaran eksport membuktikan kesediaan serta keupayaan PROTON menyesuaikan diri dengan keperluan peraturan tempatan dan permintaan pasaran.
"Pada masa hadapan, varian ini akan diperluaskan ke pasaran lain sekiranya terdapat keperluan. Bagi tahun 2026, kami merancang untuk meningkatkan jualan eksport dengan mengukuhkan kehadiran di pasaran sedia ada, meneroka negara baharu, serta memperkenalkan barisan model ICE dan EV PROTON terkini,” katanya.
Proton e.MAS 7 menggabungkan kekuatan teras dalam reka bentuk, prestasi, keselamatan serta teknologi pintar,disokong oleh rangkaian 3S dan 4S yang komprehensif bagi memberikan keyakinan kepada pelanggan yang baharu beralih kepada kenderaan elektrik.
Dengan pencapaian skor ASEAN NCAP sebanyak 92.57 mata, tertinggi dalam segmennya, model ini telah membina kredibiliti yang mengukuhkan jenama e.MAS dan membuka laluan kepadapengenalan model-model akan datang seperti Proton e.MAS 5.
Sambutan positif terhadap jenama e.MAS di Malaysia mengesahkan kekuatan produk kami dan memberikan keyakinan bahawa Proton e.MAS 7 mampu menerajui pengembangan PROTON di pasaran luar negara pada tahun 2025.
Dengan sejumlah 6,000 unit dieksport tahun lalu, jualan eksport terus menunjukkan pertumbuhan yang ketara, dan walaupun Proton e.MAS 7 merupakan model ketiga paling popular, kehadirannya dalam barisan produk telah membuka jalan untuk kembali ke pasaran seperti Singapura, di mana EV mempunyai kelebihan kos yang signifikan berbanding model enjin pembakaran dalaman.
Varian Proton e.MAS 7 100kW yang dipamerkan di Singapore Motorshow membolehkan pelanggan yang membuat tempahan sepanjang pameran tersebut layak menerima rebat pengenalan khas sebanyak 6,000 dolar Singapura (RM19,000).
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge