Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Syarikat pengedar motosikal yang berpangkalan di Bukit Mertajam, MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce), melancarkan secara rasminya skuter elektrik terbaharunya, EZI TS-1 yang dijual semurah RM4,288.
Difahamkan, harga itu tidak termasuk insurans dan kos atas jalan. Namun begitu, harga tersebut membabitkan waranti pengeluar standard selama 2 tahun atau 20,000 km.
EZI TS-1 dilengkapi DENGAN pek bateri jenis Graphene 72-volt, yang tidak boleh ditanggalkan dikatakan mampu bergerak sejauh 100km dengan setiap cas penuh. Untuk pengecasan penuh, ia mengambil masa sekitar h 8 jam 30 minit.
Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum yang didakwa sebanyak 2 kW (kira-kira 2.7 PS), manakala berat keseluruhan motosikal ini hanyalah 82 kg tanpa bateri.

Bagaimanapun, kelajuan maksimum skuter elektrik ini yang agak “sederhana” iaitu 65 km/j.
Walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, EZI TS-1 tetap hadir dengan pelbagai ciri moden kerana ia dilengkapi dengan k sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter LED bersaiz 7 inci, port pengecasan USB serta sistem pencucuhan tanpa kunci berasaskan NFC, selain beberapa ciri lain.

Bukan itu sahaja, ia hadir dengan tiga mod tunggangan iaitu “Walk Assist” yang tersedia dalam mod E, Auto Cruise serta Sistem Brek Gabungan (CBS) yang merupakan satu ciri yang ada pada kebanyakan skuter.

Dari segi saiz dan dimensi, EZI TS-1 berukuran 1,840 mm panjang dengan jarak roda 1,300 mm, lebar 705 mm dan tinggi 1,200 mm, serta ketinggian tempat duduk 755 mm.
Bagi yang berminat, ia ditawarkan dalam pilihan warna putih, oren atau biru.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge