Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.
Seperti mana model GR Sport lain, Raize GR Sport baharu ini menerima beberapa elemen gaya tambahan yang memberikan sentuhan lebih sporty kepada SUV subkompak yang cukup popular ini.


Menjengah bahagian hadapan, Raize kini dilengkapi bampar hadapan baharu dengan bibir hadapan yang lebih menonjol serta pelindung bawah (skid plate) yang kelihatan lebih lasak.
Sementara itu, reka bentuk muka hadapan masih kekal sama seperti sebelum ini, termasuk lampu hadapan LED yang tajam, lampu kabus berbentuk bulat, serta gril hadapan trapezoid.


Dari sisi, Raize GR Sport kini menggunakan rim aloi 17 inci yang lebih sporty dengan kemasan hitam. Ia turut ditawarkan dengan beberapa aksesori pilihan seperti penutup cermin sisi berpenampilan karbon, visor tingkap, penutup pemegang pintu berjenama GR, serta pelapik sisi badan.
Di bahagian belakang pula, Raize GR Sport menerima bampar belakang yang lebih sporty dengan aksen seakan peresap (diffuser), selain lencana GR Sport pada pintu but.


Ia ditawarkan dalam 12 pilihan dimanalima daripadanya hadir dalam kemasan dua tona bersama bumbung hitam.
Bagaimanapun, sentuhan GR Sport diteruskan ke bahagian kabinnya, dimana Raize kini menampilkan upholsteri hitam dengan jahitan kontras yang dipadankan dengan siling dalaman berwarna hitam.
Walaupun stereng merupakan satu-satunya komponen GR Sport standard, pembeli boleh memilih beberapa aksesori tambahan seperti penukar gear berjenama GR dan plat ambang pintu logam GR Sport, antara lain.

Antara kelengkapan lain yang ditawarkan termasuk skrin infotainmen tengah bersaiz 9 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, kluster meter TFT 7 inci, pedal penukar gear (paddle shifters) di belakang stereng, serta pelbagai ciri lain.
Berbeza dengan kebanyakan model GR Sport lain, Toyota tidak memberikan sebarang peningkatan mekanikal atau prestasi kepada Raize GR Sport, kerana SUV subkompak ini masih menggunakan enjin petrol 1.0 liter tiga silinder turbo yang sama, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 97 hp dan tork 140 Nm. Kuasa dihantar sepenuhnya ke roda hadapan (FWD) melalui kotak gear D-CVT yang sama seperti sebelum ini.
Toyota Raize GR Sport baharu ini dijual pada harga antara 292.1 juta Rupiah hingga 317.1 juta Rupiah (RM69,940 hingga RM75,926), bergantung kepada pilihan warna dan spesifikasi.

Di Malaysia pula, pakej paling hampir menyerupai kit GR Sport untuk Perodua Ativa ialah aksesori rasmi Gear Up daripada P2, yang turut menawarkan kit badan lebih lasak serta beberapa kemasan dalaman, namun tanpa nilai prestij sukan yang dibawa oleh jenama GR.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize Dihentikan
Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize dihentikan gara-gara salah laku ujian keselamatan.
22-05-2023
Perodua Ativa, Dapat Adik Kembar, Subaru Rex
Subaru Rex akhirnya ditayangkan secara rasmi di Jepun baru-baru ini
14-11-2022
[VIDEO] Pengantin Bagi Toyota Raize & Vespa Primavera Sebagai Mas Kahwin
Tular video seorang pengantin lelaki menyerahkan sebuah kereta dan motosikal vespa sebagai mas kahwin.
14-11-2022
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge