ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volvo_EX60_studio29.jpg


Semalam merupakan detik bersejarah buat jenama Sweden, Volvo. Bukan sahaja di Malaysia dengan pelancaran ES90, tetapi di peringkat global dengan kemunculan sulung Volvo EX60. SUV elektrik (EV) sepenuhnya ini dianggap sebagai 'adik' kepada model flagship EX90, namun ia membawa revolusi teknologi yang jauh lebih besar.


Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu yang bakal mengubah cara Volvo membina kereta pada masa hadapan.


Apakah Kehebatan Platform SPA3 Dan Teknologi 'Mega-Casting'?


20251214_EX60_MEDIA_001-scaled.jpg20251214_EX60_MEDIA_007-scaled.jpg20251214_EX60_MEDIA_006-scaled.jpg


Platform SPA3 bukan sekadar tapak biasa, tetapi sebuah seni bina modular 800 volt yang sangat fleksibel. Antara inovasi utama yang diperkenalkan ialah:

  • Mega-Casting: Teknik pembuatan radikal di mana bahagian besar struktur kereta dibentuk menggunakan acuan logam cair menjadi satu kepingan tunggal. Ini menghapuskan keperluan kimpalan beratus-ratus komponen kecil, menjadikannya lebih kukuh dan ringan.
  • Cell-to-Body: Bateri kini menjadi sebahagian daripada struktur badan kereta. Kesannya? Kereta lebih tegar (rigid), ruang kabin lebih luas, dan kos pembuatan dapat dikurangkan.
  • Modular: Platform ini akan menjadi asas kepada semua EV masa hadapan Volvo dan juga model-model di bawah kumpulan Geely.

Sejauh Mana Jarak Gerak Dan Prestasi Volvo EX60?


Volvo_EX60_studio22.jpgVolvo_EX60_studio20.jpgVolvo_EX60_Cross_Country_Studio20.jpgVolvo_EX60_Cross_Country_Studio25.jpg


Volvo EX60 ditawarkan dalam tiga varian utama yang sangat berkuasa:


CariCarz-SN-Volvo-EX60.png


Varian tertinggi P12 bukan sahaja paling pantas, malah menawarkan jarak perjalanan sejauh 810 km dengan satu cas penuh, meletakkan standard baharu dalam kategori SUV elektrik mewah.


Bagaimanakah Rupa Paras Dan Kecanggihan Teknologi Kabin Volvo EX60?


EX60-Reveal-Event-33-scaled.jpg20251213_EX60_MEDIA_007-scaled.jpg20251213_EX60_MEDIA_003-scaled.jpg


Selain tiga varian utama (P6, P10, P12), Volvo turut memperkenalkan EX60 dalam versi 'Cross Country' yang tampil lebih garang dan khusus untuk kegunaan lasak.


Dari segi visual, EX60 adalah evolusi kepada bahasa reka bentuk Volvo yang minimalis. Berikut adalah antara ciri menarik:

  • HuginCore: Sistem komputer generasi baharu yang mampu memproses 50 bilion operasi sesaat. Ia mengawal segalanya daripada infotainmen sehingga kepada bantuan pemanduan dengan kepantasan luar biasa.
  • Ruang Luas: Lantai yang rata dan jarak roda yang panjang memberikan ruang kaki baris belakang yang sangat luas serta kapasiti kargo yang besar.
  • Minimalis: Sama seperti EX30, Volvo membuang suis fizikal termasuk untuk pelarasan cermin sisi (kini dilaraskan melalui skrin atau butang stereng).

Volvo_EX60_studio3.jpgVolvo_EX60_Cross_Country_Studio14.jpgVolvo_EX60.jpgVolvo_EX60_Cross_Country_Studio1.jpg


Bilakah Volvo EX60 Bakal Tiba Di Malaysia?


Walaupun Volvo Car Malaysia (VCM) sebelum ini mengesahkan rancangan untuk membawa masuk EX60 ke pasaran tempatan, garis masa rasmi masih belum didedahkan.


Bagaimanapun, pengeluaran di Sweden dijangka bermula pada musim bunga tahun ini (sekitar Mac-Mei), dengan penghantaran global bermula pada musim panas. Jika dilihat berdasarkan ‘tradisi’ VCM, kita mungkin boleh menjangkakan kehadiran unit CKD pada penghujung tahun 2026 atau awal 2027.

Juga Menarik: Volvo ES90 2026 Rasmi Di Malaysia – CKD, Cecah 651 KM, Dari RM339K


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000

Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:

02-03-2026
EV

Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!

Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

13-01-2026
Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...

Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.

07-07-2025
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.

26-06-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
EV

Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti

Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.

21-02-2025
EV

Volvo EX30 Cross Country – EV Ranggi Berjiwa Off-Road

Volvo EX30 Cross Country akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

11-02-2025

Berita Terkini

EV

Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.

26-11-2026
EV

We Never Anti EV - Menteri MITI

Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.

26-11-2026
EV

Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.

20-11-2026
EV

BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.

19-11-2026
EV

Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.

19-11-2026
EV

Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?

17-11-2026
EV

BYD Flash Charging Bakal Dilancar

Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.

13-11-2026
EV

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.