BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo, versi kemas kini yang jauh lebih berkuasa berbanding model asal yang memulakan fenomena EV di Malaysia.

Walaupun rupa luarannya tidak jauh berbeza daripada model BYD lain, di sebalik rangkanya tersembunyi teknologi e-Platform 3.0 dengan binaan elektrikal 800V yang biasanya hanya terdapat pada EV mewah. Ini bermaksud ia bukan sekadar kemas kini kosmetik, tetapi membawa perubahan prestasi yang ketara.
Apa Yang Berubah Pada Sistem Trenkuasa Atto 3 Evo?

Jika anda rasa Atto 3 sekarang sudah cukup laju, versi Evo ini lebih mengasyikkan. Untuk pasaran Eropah, ia hadir dalam dua versi iaitu:
- Design (RWD): Menggunakan motor tunggal di belakang (RWD) dengan kuasa 313 PS dan tork 380 Nm. Ia mampu memecut 0-100 km/j dalam masa hanya 5.5 saat dengan jarak gerak (WLTP) sejauh 510 km.
- Excellence (AWD): Ini adalah 'raja' bagi siri ini. Dengan tambahan motor di bahagian depan (AWD), kuasa melonjak kepada 449 PS dan tork raksasa 560 Nm. Pecutan 0-100 km/j hanya memerlukan 3.9 saat sahaja. Jarak perjalanannya kekal kompetitif pada 470 km.
Adakah Sistem Pengecasannya Kini Lebih Pantas?
Memandangkan ia menggunakan binaan elektrikal 800V, pengecasan kali ini adalah jauh lebih pantas:
- Pengecas DC: Kini menyokong sehingga 220 kW (berbanding hanya 70-80 kW pada model lama). Ini membolehkan pengecasan 10% ke 80% dilakukan dalam masa 25 minit sahaja.
- Pengecas AC: Kekal dengan sokongan 11 kW untuk pengecasan penuh di rumah dalam masa kira-kira lapan jam.
Kedua-dua varian menggunakan unit LFP BYD Blade Battery berkapasiti 74.8 kWj yang terkenal dengan tahap keselamatan tinggi.
Apakah Yang Berbeza Dengan Ruang Kabin Atto 3 Evo?
BYD turut mendengar maklum balas pengguna dengan menambah baik ruang simpanan:
- Bonet Depan (Frunk): Buat pertama kalinya, Atto 3 Evo kini mempunyai ruang storan di bahagian depan, sesuai untuk menyimpan kabel pengecas.
- Ruang But: Di bahagian belakang, ruang simpanan yang disediakan berkapasiti 490 liter dan boleh diperluas kepada sehingga 1,360 liter jika tempat duduk baris kedua dilipat.
- Rekaan Dalaman: Tombol gear kini dialihkan ke kolum stereng, menjadikan konsol tengah terasa lebih lapang.
Bila Atto 3 Evo Tiba Di Malaysia?
Walaupun buat masa ini ia dirancang untuk pasaran Eropah, model ini dilihat sebagai pengganti yang sempurna bagi Atto 3 sedia ada di Malaysia.
Memandangkan momentum kuat BYD di bawah naungan Sime Darby Motors, tidak mustahil model stereng kanan (RHD) akan mendarat di tanah air tidak lama lagi untuk bersaing dengan Proton e.MAS 7 dan Geely EX5.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat



