- Berita
- Berita Auto
- Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga
Dalam Bulan Jan 2026 Sahaja, Proton Jual 19,833 Kereta, Paling Ramai Beli Proton Saga

Proton melakar sejarah apabila berjaya menjual sebanyak 19,833 unit kereta pada Januari sahaja sekali gus dikatakan antara, jualan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan PROTON dalam tempoh 15 tahun
Prestasi kukuh jualan Januari itu sebenarnya disumbangkan oleh jualan Proton Saga 2026 yang mencatat rekod jualan bulanan tertinggi dimana sebanyak 10,285 unit terjual pada bulan lepas.
Lebih menarik, lebih 19,000 unit Proton Saga telah diserahkan kepada pelanggan sejak pelancaran rasmi pada 27 November 2025, bersamaan satu unit dihantar setiap lima minit.

Dengan momentum tempahan yang terus kukuh dan hampir 100,000 tempahan diterima setakat ini, model ini dijangka kekal sebagai penyumbang utama jualan PROTON dalam masa terdekat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa menyifatkan prestasi jualan Proton Saga 2026 membuktikan daya tarikannya yang meluas dalam kalangan pembeli kereta di Malaysia.
"Tidak ramai pengeluar automotif mempunyai model yang kekal dalam pengeluaran selama lebih 40 tahun, dan lebih sedikit yang mampu mencatat rekod jualan baharu selepas empat dekad.

"Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan PROTON dan seluruh rakyat Malaysia. Dengan pelancaran di Brunei pada Februari, pengembangan secara berperingkat ke pasaran antarabangsa lain serta permintaan domestik yang kukuh, lebih banyak pencapaian bakal direkodkan oleh Saga tahun ini,” katanya.
Selain tumpuan kepada sedan segmen-A, barisan SUV siri X dan sedan siri S PROTON turut memulakan kempen 2026 dengan pertumbuhan jualan tahun ke tahun yang memberangsangkan. Proton X50 mencatat jualan sebanyak 2,429 unit pada Januari, peningkatan 69.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala Proton X70, model terbaharu PROTON, merekodkan 672 unit, meningkat 16.5 peratus berbanding 2025.
Sementara itu, Proton S70 terus mendapat sambutan positif dan mencatat bulan terbaiknya sejak Mei 2025. Sebanyak 1,604 unit terjual pada Januari, peningkatan sebanyak 40.3 peratus, sekali gus mencerminkan tarikan model ini dalam kalangan peminat sedan berprestasi sporty. Proton X90 sebagai model perdana turut mencatat peningkatan jualan dengan 252 unit terjual, mewakili pertumbuhan 24.1 peratus.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2941
SELANGOR
BSU8259
JOHOR
JG9057J
PULAU PINANG
PSH2155
PERAK
APM7201
PAHANG
CFJ3375
KEDAH
KGJ7082
NEGERI SEMBILAN
NEM5043
KOTA KINABALU
SJU9837
KUCHING
QAB9448P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Berita Terkini
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
