Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Jika anda perasan makin banyak kelibat SUV senyap dan futuristik di jalan raya kebelakangan ini namun Proton e.MAS 5 menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Bukan sekadar gimik, SUV elektrik pertama negara ini secara rasminya telah dinobatkan sebagai EV Terlaris di Malaysia selama dua bulan berturut-turut!
Angka Yang Berbicara: 5,000 Unit Dalam Radar!
Hanya dalam masa dua bulan pertama tahun 2026, Proton e.MAS 5 telah mencatatkan angka pendaftaran yang luar biasa—melebihi 5,000 unit.
Januari: 3,068 unit (Permulaan yang cukup agresif!)
Februari: 1,562 unit (Momentum yang terus stabil!)
Ini bukan sekadar kejayaan buat PRO-NET, tetapi bukti bahawa rakyat Malaysia kini sudah yakin dan "jatuh cinta" dengan mobiliti elektrik nasional.
Demam Proton e.MAS 5 nampaknya semakin membara! Selepas mencatatkan prestasi jualan yang luar biasa, PRO-NET (anak syarikat milik penuh PROTON) hari ini mengumumkan "hadiah raya" istimewa sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia.
Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, PRO-NET secara rasmi melanjutkan Rebat Raya RM500 bagi semua tempahan Proton e.MAS 5. Ini adalah peluang keemasan untuk anda pulang ke kampung dengan kenderaan elektrik (EV) paling laris di pasaran sekarang!
Siapa Yang Layak Dapat Duit Raya RM500 Ini?
Jangan risau, PRO-NET memastikan rebat ini merangkumi penyokong awal dan juga pembeli baharu:
Tempahan Baharu: Anda hanya perlu tempah Proton e.MAS 5 anda sebelum 23 Mac 2026 dan lengkapkan pendaftaran kenderaan sebelum 30 September 2026.
Penyokong Awal: Anda yang sudah menempah dan mendaftarkan kereta pada tarikh pelancaran (31 Oktober 2025) sehingga 23 Mac 2026 juga LAYAK menerima rebat RM500 ini!
Selain rebat tunai, pembeli e.MAS 5 masih menikmati tawaran hebat yang sukar ditolak:
- Harga Pelancaran Khas yang masih dilanjutkan.
- Jaminan Kenderaan: 6 tahun tanpa had perbatuan.
- Jaminan Bateri: 8 tahun atau 160,000 km (termasuk komponen bervoltan tinggi).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

