Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Chery Malaysia melangkah setapak lagi dalam memperkasakan ekosistem kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) apabila melancarkan aplikasi mudah alih CarLinko.
Eksklusif untuk pemilik TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV, aplikasi ini bukan sekadar alat kawalan jauh, malah ia adalah "pembantu peribadi" digital yang direka untuk memaksimumkan potensi pemanduan hibrid anda.
"Remote AC" – Penyelamat Di Bawah Matahari Terik Malaysia


Salah satu ciri paling menarik dalam CarLinko ialah keupayaan mengaktifkan penghawa dingin dari jarak jauh. Bayangkan kenderaan anda diletakkan di bawah panas terik; dengan hanya beberapa sentuhan di telefon pintar, anda boleh menyejukkan kabin lebih awal sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.
Selain itu, bagi mereka yang sering terlupa lokasi parkir di pusat beli-belah yang besar, CarLinko turut dilengkapi fungsi penjejakan lokasi kenderaan secara masa nyata.
Strategi Bijak Depan Kenaikan Kos Bahan Api
Dengan jarak pemanduan gabungan (petrol + elektrik) sehingga 1,200 kilometer, barisan PHEV Chery sememangnya sudah menjimatkan. Namun, CarLinko membawa penjimatan ini ke tahap lebih tinggi:
Pengecasan Berjadual: Anda boleh menetapkan waktu pengecasan bateri di rumah melalui aplikasi untuk menguruskan penggunaan elektrik dengan lebih cekap.
Data Real-Time: Pantau tahap bateri, baki petrol, tekanan tayar, dan statistik penggunaan bahan api terus dari telefon tanpa perlu menghidupkan enjin.
“Di Chery, matlamat kami adalah untuk memastikan teknologi PHEV dapat meningkatkan kehidupan seharian melalui kesederhanaan dan reka bentuk pintar.
"CarLinko memperluaskan kelebihan pemanduan hibrid plug-in melangkaui penjimatan bahan api dengan memberikan pemilik kawalan lancar ke atas keselesaan, pengecasan dan maklumat kenderaan, sekali gus mengukuhkan komitmen kami terhadap mobiliti elektrik yang lebih pintar,” kata Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang.
Pengurusan Servis Lebih Teratur
Tiada lagi isu terlepas tarikh servis. CarLinko membolehkan pemilik menyemak jadual penyelenggaraan dan mengakses rekod servis terperinci. Ini bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah membantu mengekalkan nilai jualan semula kenderaan pada masa hadapan.
Bagaimana Cara Nak Dapatkan?
Berita baiknya, aplikasi CarLinko adalah PERCUMA untuk semua pemilik Chery PHEV:
Pemilik Baharu: Pengaktifan akan dibantu oleh wakil jualan semasa proses penyerahan kenderaan (handover).
Pemilik Sedia Ada: Anda hanya perlu mengunjungi pusat pengedar Chery terdekat untuk proses pengesahan dan pemadanan selamat (pairing) dengan kenderaan anda.
Aplikasi CarLinko kini sudah boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge