Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Dunia kini sedang memerhati dengan penuh cemas apabila Selat Hormuz iaitu laluan nadi bagi 20% bekalan bahan api fosil globalterjejas teruk akibat konflik yang tercetus sejak 28 Februari lalu.
Kesannya mula dirasai di Asia Tenggara apabila Filipina dan Thailand mula mengisytiharkan darurat tenaga.
Meskipun bekalan di Malaysia masih stabil, kantung negara kini "berdarah" hebat. Harga pasaran RON95 telah melonjak 50% (daripada RM2.56/l kepada RM3.87/l) dalam masa sebulan sahaja.
Demi mengekalkan harga siling RM1.99/l, kerajaan terpaksa menanggung bil subsidi yang naik mendadak daripada RM700 juta kepada RM4 bilion sebulan!
WFH: Penyelamat Ekonomi Negara?
Sebagai langkah drastik, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam dan GLC bermula 15 April ini.
Namun tahukah anda, pelaksanaan dasar BDR dikatakan berpotensi menghasilkan penjimatan sebanyak RM169 juta sebulan.
KAJIAN RIMBAWATCH
Kajian daripada kumpulan alam sekitar, RimbaWatch, berkata, ia berdasarkan jumlah tenaga kerja di Lembah Klang berjumlah 4.1 juta orang dengan andaian 50 peratus daripadanya akan melaksanakan BDR.
Menggunakan data Lembah Klang sebagai contoh, berikut adalah penemuan kajian RimbaWatch:
- 2.05 juta pekerja (50% populasi bekerja) WFH.
4.51 juta liter petrol dapat dijimatkan sehari.
RM169 juta sebulan penjimatan subsidi bahan api.
Jika dilaksanakan di seluruh negara, Malaysia mampu menjimatkan sehingga RM1 bilion sebulan!
Bukan Sekadar Ringgit: Nyawa Menjadi Pertaruhan
Berdasarkan data, RimbaWatch berkata, majoriti rakyat Malaysia memandu bersendirian ke tempat kerja, dan pengurangan 2.05 juta kenderaan melalui BDR mampu meningkatkan kualiti udara dan kesihatan awam secara ketara.
Langkah ini dapat mengurangkan kira-kira 10,400 tan pelepasan karbon dioksida sehari, 208,000 tan sebulan atau 2.5 juta tan setahun, bersamaan pelepasan tahunan negara kecil seperti Fiji.
Kesihatan Awam: Pencemaran udara menelan belanja RM303 bilion setahun (20% KDNK) dalam kos kesihatan. Malah, 32,000 nyawa terkorban setiap tahun akibat penyakit pernafasan.
Kualiti Hidup: Warga Lembah Klang membazirkan 580 jam setahun dalam kesesakan lalu lintas, yang bersamaan dengan kerugian RM9,000 setiap individu untuk kos penyelenggaraan dan minyak.
Alam Sekitar: WFH secara besar-besaran mampu mengurangkan 2.5 juta tan pelepasan karbon setahun—setara dengan jumlah pelepasan seluruh negara seperti Fiji!
Masa Depan Tanpa Fosil: Apa Solusinya?
Krisis tenaga ini adalah "loceng amaran" untuk Malaysia melakukan anjakan struktur. Jika konflik berlarutan, bil subsidi RM48 bilion setahun sebenarnya jauh lebih bermanfaat jika dilaburkan untuk:
15,000 bas elektrik baharu.
30,000km laluan pejalan kaki berbumbung.
60,000km lorong basikal terlindung.
720 set tren elektrik tambahan.
Selain itu, peralihan ke arah tenaga solar yang lebih murah dan stabil berbanding arang batu atau gas adalah kunci utama untuk menjamin keselamatan tenaga negara tanpa perlu bergantung kepada krisis geopolitik di Timur Tengah.
Persoalannya: Adakah majikan di Malaysia bersedia untuk beralih ke arah WFH secara kekal demi kelestarian negara, atau kita akan terus membiarkan berbilion ringgit "hangus" di jalan raya?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sediakan Tangki Kosong! Harga Diesel Tanpa Subsidi Turun 85 Sen Mulai Esok
Update minyak mingguan.
22-04-2026
PADU, Data Silang Pelbagai Agensi Jadi Rujukan Laksana Subsidi Bersasar RON95
Maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk rujukan silang, bersama data daripada pelbagai agensi kerajaan dalam menentukan kriteria dan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.
15-09-2025
Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan
Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.
04-08-2025
Minyak Naik, Turun: Kali Ini Harga RON97, Diesel Turun 3 Sen
Harga RON97 dan diesel turun 3 sen bermula esok.
02-07-2025
Harga Petrol, Diesel Mingguan 27 Feb - 5 Mac
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal.
26-02-2025
Lega, Tiada Kenaikan Harga Minyak Bermula 6 Feb - 12 Feb
Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal sepanjang tujuh hari ini.
05-02-2025
Tiada Kenaikan Harga: Semua Harga Minyak Kekal!
Ada berita baik untuk anda, harga minyak dikekalkan sehingga 13 November ini.
06-11-2024
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat