Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery Malaysia sekali lagi menetapkan penanda aras baharu dalam industri automotif negara apabila berjaya melaksanakan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat di MAEPS, Serdang, pagi tadi.
Ujian demonstrasi secara langsung ini bukan sahaja membuktikan ketelusan jenama ini, malah mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap teknologi kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) Chery, khususnya model Chery TIGGO 7 PHEV dan Chery TIGGO 8 PHEV.
Ujian Kebakaran Ekstrem: Bateri Chery Tetap Stabil
Percaya atau tidak bateri hibrid yang dibakar itu menunjukkan:
Bateri Kekal Stabil: Tiada peningkatan kebakaran
Tiada kegagalan elektrik: Sistem tetap berfungsi dengan baik.
Tiada deformasi: Struktur bateri kekal utuh walaupun di bawah tekanan haba yang melampau.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, keselamatan merupakan teras kepada proses pembangunan kami.
"Selain mematuhi keperluan peraturan, kami menjalankan ujian pengesahan yang ketat dan bersifat ekstrem, dan kami mendemonstrasikan ujian ini secara terbuka bagi membantu orang ramai memahami teknologi, piawaian yang diguna pakai, serta sebab kami yakin terhadap tahap keselamatan produk kami,” katanya.
Standard Global: Lebih Daripada Sekadar Ujian Makmal
Cabaran di Malaysia ini adalah sebahagian daripada siri ujian keselamatan global Chery yang telah diiktiraf di seluruh dunia. Antara ujian ekstrem yang pernah dilalui pek bateri Chery merentasi pelbagai benua termasuk:
Indonesia: Rendaman air laut selama 53 jam untuk menguji ketahanan kakisan.
Ecuador: Ujian tembakan peluru pada pelbagai sudut untuk menguji integriti struktur.
Qatar & Kuwait: Ujian suhu melampau dalam air laut panas dan pasir gurun.
Mexico: Ujian geseran bawah kenderaan (battery scraping) bagi menilai risiko kerosakan jalan raya.
Komitmen Keselamatan: Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP
Kecemerlangan Chery bukan sekadar teori. Chery TIGGO 7 PHEV telah melakar sejarah dengan meraih penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan skor tertinggi sepanjang masa iaitu 94.68.
Bagi memberikan ketenangan minda sepenuhnya kepada pemilik, Chery Malaysia menawarkan jaminan bateri lanjutan sehingga 10 tahun atau 200,000 kilometer. Jaminan menyeluruh ini merangkumi pek bateri, motor pemacu, dan unit kawalan kenderaan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT7694
SELANGOR
BSP2133
JOHOR
JYU7196
PULAU PINANG
PSB3982
PERAK
APG6122
PAHANG
CFG2056
KEDAH
KGF3015
NEGERI SEMBILAN
NEK1254
KOTA KINABALU
SJR3673
KUCHING
QAB5463N
Terakhir Kemas Kini 17 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN
Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.
11-03-2026
Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya
Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.
06-03-2026
Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV
Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.
24-02-2026
Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4
Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.
23-02-2026
Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah
Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.
19-01-2026
Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888
Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.
09-01-2026
Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!
Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.
06-01-2026
Berita Terkini
Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P
Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.
17-04-2026
Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta
"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.
17-04-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.
16-04-2026
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen
Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.
15-04-2026
15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?
auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!
15-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat