Chery Buka Bilik Pameran Butik Gen-4 Pertama Di Pavilion Bukit Jalil

Chery Malaysia terus agresif memperkukuh rangkaian jentera mereka di Lembah Klang dengan pembukaan rasmi pusat pameran butik yang terletakk di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Dikendalikan oleh rakan pengedar sah, Apple Autotech Sdn. Bhd., premis ini merupakan konsep butik ketujuh Chery di seluruh negara, sekaligus menandakan pusat pameran butik Generasi 4 pertama seumpamanya di rantau Lembah Klang.
Konsep Gen-4: Beli Kereta Sambil 'Shopping'
Terletak di Lot No. 3.102.00, Aras 3 (Pavilion Bukit Jalil), ruang santai seluas 837 kaki persegi ini direka khas untuk mendekati pelanggan secara santai. Berbeza dengan pusat jualan tradisional, konsep stand-alone ini membolehkan pengunjung melihat model terbaharu, berurusan dengan penasihat jualan, dan mengatur sesi pandu uji dalam satu bumbung ketika keluar membeli-belah.
“Pelanggan hari ini menghargai kemudahan dan fleksibiliti, dan kami ingin mendekati mereka di tempat yang mereka sudah biasa kunjungisama ada membeli barangan keperluan, menikmati hidangan atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
"Konsep ini membolehkan kami membawa pengalaman Chery lebih dekat kepada pelanggan, menjadikan penerokaan kenderaan lebih intuitif, menarik dan sebahagian daripada kehidupan harian,” kata Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang.
Pusat pameran butik ini beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, termasuk cuti umum.
Kemunculan Eksklusif Chery TIGGO 9!
Satu berita gembira buat peminat SUV premium, Chery mengesahkan bahawa TIGGO 9 (yang bakal dilancarkan tidak lama lagi) akan dipamerkan secara eksklusif di outlet Pavilion Bukit Jalil ini bermula hujung minggu ini, 23 Mei 2026. Ini adalah peluang k untuk orang ramai melihat model flagship tersebut secara dekat sebelum pelancaran rasmi.
Promosi Mei: Penjimatan Hingga RM8,888 & Jaminan 10 Tahun
Sempena dengan pelancaran ini, Chery turut menawarkan promosi masa terhad untuk model-model terpilih sepanjang bulan ini termasuk TIGGO Cross, Chery O5, dan TIGGO 7 PHEV:
Rebat Tunai: Penjimatan luar biasa sehingga RM8,888.
Waranti Bateri Lanjutan (Model PHEV): Jaminan bateri komprehensif sehingga 10 tahun atau 200,000 km (merangkumi pek bateri, motor kuasa, dan unit kawalan kenderaan).
Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman pemanduan Chery atau mencari lokasi pengedar berhampiran, anda boleh melayari
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL7756
SELANGOR
BSS9714
JOHOR
JC6994J
PULAU PINANG
PSE8492
PERAK
APK7817
PAHANG
CFH4918
KEDAH
KGH6319
NEGERI SEMBILAN
NEL4973
KOTA KINABALU
SJT6084
KUCHING
QAB4251P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Kekurangan Dana Bukan Halangan, KKR Cari Inovasi Moden Selenggara Jalan
AI: Langkah Inovatif KKR Tangani Jalan Menua.
20-08-2026
PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan
Zaman Motor Polis 'Vroom-Vroom' Dah Lepas, Tak Sempat Dengar Tahu-Tahu Dah Kena Kepung! PDRM Kini Guna Jebatt F29.
20-08-2026
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat