Jangan Lalu Atas Garisan Hitam Ini

Golongan penunggang motosikal yang sering menggunakan Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), menghala ke Putrajaya dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan mengelak daripada melalui garisan hitam misteri di atas permukaan jalan, terutamanya ketika waktu hujan.
Amaran itu tular selepas seorang pengguna aplikasi Threads, Farwalis, berkongsi detik cemas mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa kemalangan akibat permukaan garisan yang didakwa terlampau licin tersebut.
“Kepada rakan-rakan motor, keluar MEX hala Putrajaya tolong jangan langgar garisan hitam ni terutamanya waktu hujan atau lepas hujan. Licin, aku dah kena. Tayar belakang hilang kawalan,” katanya dalam hantaran video tersebut.
Insiden berkenaan rupa-rupanya bukan kes terpencil. Menjengah ke ruangan komen, seorang lagi pengguna Threads, Aqmall Haqim, tampil berkongsi bukti video yang lebih mengerikan—memaparkan detik hitam dirinya sendiri tersungkur dan jatuh tergelincir ketika melalui garisan yang sama sewaktu hari hujan.
Garisan hitam yang dipercayai merupakan bahan tar penampal jalan (tar sealant) itu didakwa bertukar menjadi ‘perangkap maut’ yang sangat licin buat kenderaan dua roda apabila terkena air.
Rata-rata warga maya dan komuniti penunggang motosikal menggesa pihak berkuasa lebuh raya mengambil tindakan segera sebelum ada nyawa yang melayang disebabkan isu permukaan jalan tersebut. Untuk sementara waktu, penunggang dinasihatkan agar kekal di laluan tengah dan memperlahankan kenderaan ketika melalui selekoh susur keluar tersebut.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9857
SELANGOR
BSU2659
JOHOR
JF3530J
PULAU PINANG
PSG1920
PERAK
APL9589
PAHANG
CFH9422
KEDAH
KGJ3714
NEGERI SEMBILAN
NEM2051
KOTA KINABALU
SJU4442
KUCHING
QAB7190P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Netizen Bangladesh Tuntut Keadilan Pempengaruh Dilanggar Pemandu Mabuk
Tragedi MEX: Pempengaruh 'Advance Gaming' Maut, Isteri Cedera Angkara Pemandu Mabuk.
24-04-2026
Kadar Tol Kekal Di 10 Tol - Bukan Keputusan Mudah
Keputusan itu dijangka memberi manfaat kepada hampir sejuta pengguna lebuh raya setiap hari, khususnya mereka yang berulang-alik ke tempat kerja.
23-07-2025
Lebuhraya MEX Sesak Teruk, Rupanya Disebabkan Kemalangan
Kelihatan lorong kanan dan tengah terhalang sehingga mengakibatkan trafik menjadi perlahan.
10-06-2025
Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Bayar Tol
Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) sudah bermula di 12 lebuhraya utama .
08-09-2023
Pengguna Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Untuk Lepas Tol MEX
Mulai hari ini, pengguna Lebuhraya Mex boleh bayar tol guna kad debit, kredit.
03-08-2023
LDP, KESAS, MEX, SMART, SPRINT Bakal Guna Pembayaran Kad Debit/Kredit
Sebanyak lima lagi lebuh raya bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka tol.
28-03-2023
Berita Terkini
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
