Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Nampaknya revolusi kenderaan elektrik (EV) di Malaysia bukan lagi sekadar satu trend, sebaliknya, jualan EV dilihat mencanak secara tiba-tiba.
Ini kerana statitistik terbaharu daripada data.gov.my mendedahkan bahawa pendaftaran EV pada April 2026 telah melonjak lebih 100% berbanding tahun sebelumnya.
Semuanya disebabkan kebanjiran pelancaran model baharu dan sudah pastinya disebbakan kesan daripada perubahan subsidi bahan api.
Bulan Pecah Rekod di Jalan Raya
Pada April 2026, sebanyak 5,894 unit EV telah didaftarkan di Malaysia. Ini menandakan peningkatan mengejutkan sebanyak 103.8% berbanding 2,892 unit yang dicatatkan pada April 2025.
Walaupun pasaran kereta secara keseluruhan (Jumlah Volum Industri - TIV) menunjukkan pertumbuhan sihat sebanyak 19.4% kepada 77,819 unit, EV jelas menjadi hero.
Percaya atau tidak, EV kini menguasai kira-kira 7.6% daripada keseluruhan pegangan pasaran. Dalam istilah mudah: kira-kira satu daripada setiap 13 kenderaan baharu di jalan raya Malaysia hari ini adalah elektrik sepenuhnya.
Momentum ini lebih ketara jika dilihat pada empat bulan pertama tahun ini. Antara Januari dan April 2026, jumlah pendaftaran EV mencecah 20,485 unit, lonjakan 110.8% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Kesan ‘e.MAS’: Proton Gulingkan Pesaing
Pengeluar kereta nasional telah mengukuhkan kedudukannya sebagai raja dalam segmen EV. Pada bulan April sahaja, Proton mencatatkan 2,408 pendaftaran EV, sebahagian besarnya didorong oleh kejayaan besar sub-jenama e.MAS.
Dari segi prestasi model individu bagi April 2026, Proton e.MAS 5 telah mengukuhkan statusnya sebagai raja jalanan yang tidak boleh dipertikaikan dengan 1,772 unit didaftarkan.

Pendahulu dominan ini diikuti oleh BYD Atto 3 di tempat kedua dengan 778 unit. Melengkapkan senarai lima teratas adalah Proton e.MAS 7 (636 unit), Chery iCaur V23 (365 unit), dan Zeekr 7X dengan 303 pendaftaran bagi bulan tersebut.

Di peringkat jenama, Proton mendahului dengan jurang yang besar, diikuti oleh BYD di tempat kedua (1,413 unit) dan Chery di tempat ketiga (562 unit).

Peralihan ini bukan sahaja kepada EV tulen. Kenderaan hibrid (petrol) turut mencatatkan peningkatan tajam sebanyak 117.7% dalam pendaftaran April, yang diterajui oleh Proton e.MAS 7 PHEV (1,013 unit).
Sementara itu, kereta petrolmula merasai tekanannya. Pendaftaran kenderaan petrol turun sedikit sebanyak 2.8% setakat tahun ini (YTD), namun "mangsa" sebenar adalah diesel.
Susulan penarikan subsidi, pendaftaran diesel menjunam sebanyak 76.5% YTD, menandakan pengakhiran pantas kebergantungan kepada enjin diesel bagi pemilik kereta persendirian.
Mampukah Pengeluaran Tempatan Bersaing?
Walaupun "krisis Timur Tengah" dan kenaikan kos bahan api mendorong rakyat Malaysia ke arah elektrik, cabaran polisi baharu mula muncul.
Peraturan EV CBU terbaharu daripada MITI telah menaikkan harga lantai bagi EV import kepada lebih RM300,000, sekali gus menyebabkan banyak model import popular menjadi jauh lebih mahal.
Ini meletakkan tumpuan sepenuhnya kepada pengeluaran tempatan. Dengan kilang Proton di Tanjung Malim yang mampu mengeluarkan 20,000 unit setahun, serta pengeluar lain yang berlumba-lumba meningkatkan operasi CKD (pemasangan tempatan), maka persaingan kini bermula!
Jika trend semasa berterusan, Malaysia mungkin melihat jumlah pendaftaran EV mencecah 80,000 unit menjelang akhir tahun 2026.
Persoalannya tetap ada: adakah "sekatan bahan api" terhadap golongan T20 dan kuota 200L bagi RON95 akan menjadikan kereta petrol tinggal dalam kenangan?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4167
SELANGOR
BSV2754
JOHOR
JH7325J
PULAU PINANG
PSH5271
PERAK
APN1957
PAHANG
CFJ4584
KEDAH
KGJ9031
NEGERI SEMBILAN
NEM6501
KOTA KINABALU
SJV2872
KUCHING
QAB642Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


