ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-A-(1).JPG

Perodua sekali lagi membuktikan statusnya sebagai "Juara Rakyat" dengan membawa revolusi dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan. Melalui model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) pertamanya, Perodua QV-E, syarikat automotif nasional ini berjaya meningkatkan kandungan komponen tempatan, sekali gus membolehkan harga jualan diturunkan secara drastik!

Langkah agresif ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada rantaian bekalan asing, malah memastikan bekalan alat ganti (terutamanya bahagian badan kenderaan) sentiasa poket-selamat dan sedia ada untuk pengguna domestik. Lebih mengagumkan, kapasiti pengeluaran QV-E kini telah melonjak melebihi 500 unit sebulan.

Harga Runtuh Lindungi Poket Rakyat (Masa Terhad!)

Memahami bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, mengumumkan harga promosi istimewa yang sah sehingga 30 September 2026 ini:

image.png

Pakej PemilikanHarga Standard (Asal)Harga Istimewa (Sehingga 30 Sept 2026)
Pemilikan PenuhRM93,999RM87,499
Pakej Battery as a Service (BAAS)RM69,999RM63,499 (+ RM215/bulan selama 9 tahun)

“Harga baharu QV-E untuk pemilikan penuh adalah RM93,999 atauRM69,999 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.

“Bagaimanapun, kami memperkenalkan harga khas untuk tempoh terhad (berkuatkuasa serta merta) bagi membantu pengguna yang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh terhad itu, Perodua menawarkan harga khas sebanyak RM87,499 untuk pemilikan penuh QV-E atau RM63,499 menerusi pakej BAAS dengan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun. Tawaran ini akan berakhir 30 September 2026.

image.pngimage.png

Pakej BAAS menawarkan pakej bateri EV yang komprehensif merangkumi perlindungan untuk bateri, penghapusan dan penggantian serta insurans bateri sepanjang tempoh sewaan 9 tahun.

BAAS ditawarkan untuk memberi ketenangan kepada pelanggan dengan menyerahkan kepada Perodua untuk menguruskan sepenuhnya bateri EV mereka sepanjang tempoh sewaan tersebut.

image.png

“Bagi mereka yang mahu membeli QV-E secara pemilikan penuh, Perodua turut menawarkan pembelian bateri apabila sudah sampai masa untuk ia dihapuskan,”tambahnya.

Penarafan 5-Bintang

QV-E yang memperoleh penarafan 5 bintang dari ASEAN-NCAP menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dengan julat perjalanan sehingga 445 kilometer (NEDC) bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.

QV-E sesuai digunakan untuk pemanduan sederhana dan jauh tanpa kerap dicas, yang mana ia boleh memanjangkan jangka hayat bateri.

Berita Baik Buat Pemilik Sedia Ada!

Perodua tidak melupakan pelanggan awal mereka. Pelanggan sedia ada QV-E bakal menerima pulangan wang khas (cashback), dan komitmen bulanan BAAS mereka akan dikurangkan secara automatik daripada RM275 kepada RM215 sebulan. Penasihat jualan Perodua akan menghubungi anda dalam masa terdekat!

Bagi yang berminat, muat turun super app P- Circle  untuk menempah QV-E atau kunjungi bilik pameran berdaftar Perodua di seluruh negara.

image.pngimage.png

Untuk makluman, Perodua  melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik (EV) pertama mereka yang digelar sebagai QV-E itu  pada harga RM80,000 ke pasaran tempatan,1 Disember 2025.

QV-E, yang bermaksud ‘Quest for Visionary-Electric’ menelan kos pembangunan sebanyak RM800 juta dan dikeluarkan di kemudahan pengilangan terbaharu Perodua iaitu Smart Mobility Plant.

Model EV pertama 100 peratus buatan Malaysia ini hadir dengan hanya satu varian.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB9649

SELANGOR

BSQ7064

JOHOR

JYY3876

PULAU PINANG

PSC8974

PERAK

APJ1294

PAHANG

CFG7430

KEDAH

KGG4534

NEGERI SEMBILAN

NEK6185

KOTA KINABALU

SJS3508

KUCHING

QAB9672N

Terakhir Kemas Kini 15 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

Berita Terkini

EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.