ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengesahkan kepulangan gah mereka ke pentas pameran automotif terbesar negara, Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.

Bukan sekadar pameran biasa, GWM Malaysia membuktikan mereka serius dalam memenuhi gaya hidup realistik rakyat Malaysia. Daripada pemanduan bandar yang lincah, kenderaan keluarga yang selesa, hinggalah ke jentera off-road yang lasak, semuanya dihimpunkan di bawah satu bumbung dengan pelbagai pilihan rangkaian kuasa (HEV, PHEV, dan BEV).

5 'Bintang Utama' GWM di KLIMS 2026

image.png

Pengunjung bakal "dijamu" dengan barisan model premium dan pintar yang direka khas untuk setiap lapisan pemandu:

  • HAVAL H6 HEV: SUV hibrid pintar yang menjadi dambaan keluarga moden yang mementingkan keselamatan dan penjimatan.

  • WEY G9 Hi4 PHEV: MPV hibrid plug-in ultra-premium yang menggabungkan kemewahan kelas pertama dengan prestasi pemanduan yang cekap.

  • TANK 300 HEV & TANK 500 HEV: Kembar SUV off-road premium yang sado dan lasak, namun dilengkapi teknologi hibrid termaju untuk pengembaraan tanpa batas.

  • ORA Good Cat: EV ikonik berwajah retro-futuristik yang comel dan pintar, sangat ideal untuk gaya hidup urban yang versatil.

Gempak: Dua Model Misteri Bakal Didedahkan! Kejutan terbesar buat peminat automotif, GWM Malaysia bakal memberikan pratonton eksklusif dua model elektrifikasi terbaharu mereka. Ini adalah bayangan awal fasa inovasi masa depan GWM yang pasti membuatkan pasaran EV tempatan semakin hangat! Maklumat lanjut hanya akan dibongkar pada hari pelancaran.

Memahami Jiwa & Kehendak Rakyat Malaysia

image.png

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, menegaskan KLIMS merupakan platform penting bagi kami untuk mengukuhkan hubungan dengan rakyat Malaysia di peringkat nasional.

"Visi kami adalah untuk menunjukkan bagaimana ekosistem mobiliti pintar GWM direka bagi menyokong keperluan mobiliti rakyat Malaysia yang sentiasa berkembang, daripada perjalanan harian ke tempat kerja hinggalah kepada perjalanan keluarga dan aktiviti gaya hidup,” katanya.

Ditanya mengenai persaingan sengit pasaran, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah menambah, dalam pasaran automotif yang sangat kompetitif dan berkembang pesat, pelanggan di Malaysia semakin teliti, mengharapkan kedua-dua nilai dan teknologi canggih dalam satu pakej.

"Keutamaan kami sentiasa memastikan barisan produk kami mampu diterjemahkan kepada pengalaman penggunaan yang lancar dan relevan dalam kehidupan sebenar," katanya.

Bukan Sekadar Tengok, Tapi Boleh 'Rasa'!

Ruang pameran GWM kali ini menjanjikan pengalaman imersif dan interaktif yang penuh bertenaga. Pengunjung bukan sahaja boleh melihat kenderaan secara dekat, malah boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik:

  • 🚗 Sesi Pandu Uji Eksklusif untuk merasai sendiri kuasa jentera GWM.

  • 💡 Pameran Teknologi & Permainan Interaktif yang menyeronokkan.

  • 🎁 Cabutan Bertuah & Ganjaran Tempahan Khas buat mereka yang ingin membawa pulang jentera idaman.

  • 🤝 Sesi Komuniti khas bersama pemilik GWM sedia ada.

Catat Tarikh Ini!

KLIMS 2026 bakal membuka tirainya untuk Hari Media pada 11 Jun 2026, dan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai bermula 12 hingga 21 Jun 2026 di MITEC, Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri revolusi automotif masa depan ini. Untuk perkembangan terkini dan 'teaser' menarik sebelum acara bermula, pastikan anda mengikuti media sosial rasmi GWM Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW5725

SELANGOR

BSU7246

JOHOR

JG6417J

PULAU PINANG

PSH642

PERAK

APM6025

PAHANG

CFJ2915

KEDAH

KGJ6533

NEGERI SEMBILAN

NEM4551

KOTA KINABALU

SJU8276

KUCHING

QAB8907P

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.

21-10-2026
Berita Auto

GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.

14-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Kereta Baru
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto

GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik

GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.

31-07-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Berita Auto

Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif

Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.

27-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.