ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana Perodua menawarkan pengurangan harga ke atas alat ganti komponen penyelenggaran, termasuk kos buruh sebanyak 10 peratus (tertakluk kepada terma dan syarat), bermula esok.

image.png

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, langkah itu diambil  dalam usaha membantu rakyat Malaysia berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

image.pngimage.png

“Pengurangan harga itu tertakluk kepada harga alat ganti komponen penyelenggaran serta kos buruh yang dikenakan kepada pelanggan, dan secara keseluruhannya, pelanggan dijangka menikmati penjimatan sebanyak 10% daripada jumlah bil penyelenggaraan mereka bermula esok (19 Jun).

“Kami mengalu-alukan pelanggan untuk datang ke pusat servis bertauliah Perodua bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini serta menggunakan alat ganti tulen untuk kenderaan Perodua anda agar ia boleh kekal cekap dan dipercayai sepanjang masa,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Tambah beliau, pihaknya yakin penurunan kos penyelenggaran ini akan membantu pelanggan mengurangkan kos mobiliti mereka.

"Jadi, kami di Perodua menjalankan tanggungjawab kami untuk memberi nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami,”

Kempen ini ditawarkan kepada semua model kenderaan Perodua termasuklah QV- E, daripada aspek pemeriksaan, gantian komponen serta kos buruh yang berkaitan dengan penyelenggaraan kenderaan.

image.png

“Berdasarkan data dalaman kami, terdapat lebih daripada 5 juta kenderaan Perodua di atas jalan dan kami percaya menerusi kempen ini, kami boleh memberikan servis penyelenggaraan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

“Kami telah menambah baik kecekapan dan dalam masa yang sama mengurangkan pembaziran di dalam operasi kami. Manfaat-manfaat yang diperoleh daripada aktiviti turut dikongsi bersama dengan pelanggan-pelanggan kami,” ujarnya. 

Untuk 2025, sejumlah 3.7 juta kenderaan diselenggara di pusat servis Perodua seluruh negara.

Terdahulu, Perodua mengurangkan harga kenderaan EV pertamanya – QV-E kepada RM93,999 untuk pemilikan penuh atau RM69,999 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.

Untuk tempoh terhad, Perodua memberikan harga khas sebanyak RM87,499 untuk pemilikan penuh QV-E atau RM63,499 dengan pakej BAAS dengan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun. Tawaran ini akan berakhir 30 September 2026.

Untuk maklumat lanjut berhubung terma dan syarat, sila lawati pusat servis Perodua berhampiran dan dapatkan khidmat nasihat daripada penasihat jualan kami atau lawati laman web Perodua di www.perodua.com.my.








Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5447

SELANGOR

BST9887

JOHOR

JE7645J

PULAU PINANG

PSF8279

PERAK

APL7156

PAHANG

CFH8369

KEDAH

KGJ2494

NEGERI SEMBILAN

NEM694

KOTA KINABALU

SJU2780

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto
JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.