ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suhana Veru

Kongsi melalui

Your-paragraph-text---2026-06-26T165334.807.png

Naza Eastern Motors melancarkan secara rasminya Suzuki e VITARA yang merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama mereka.

Suzuki-e-VITARA-3.jpg

Dibina di atas platform HEARTECT-e serba baharu, e VITARA melambangkan visi jenama tersebut terhadap mobiliti masa hadapan, di samping kekal setia kepada reputasi lamanya dalam menghasilkan kenderaan yang praktikal, boleh diharap dan berkeupayaan tinggi.

Suzuki-e-VITARA-4.jpg

Suzuki e VITARA serba baharu ditawarkan di Malaysia bermula daripada RM188,000 (atas jalan tanpa insurans). Pelanggan boleh memilih daripada lima pilihan warna, iaitu:

  1. Celestial Blue Pearl Metallic
  2. Bluish Black Pearl
  3. Land Breeze Green Pearl Metallic + Bluish Black Pearl
  4. Splendid Silver Pearl Metallic + Bluish Black Pearl
  5. Grandeur Grey Pearl Metallic + Bluish Black Pearl

Sebagai jaminan ketenangan minda tambahan bagi pelanggan yang beralih ke mobiliti elektrik, setiap pembelian Suzuki e VITARA disokong oleh:

  • Waranti kenderaan selama lima tahun tanpa had perbatuan
  • Waranti komponen BEV selama lima tahun/100,000km
  • Waranti bateri selama lapan tahun/160,000km

Sokongan pelanggan diperkukuhkan lagi melalui rangkaian Naza Eastern Motors di seluruh negara yang merangkumi 14 cawangan jualan dan 13 pusat servis, bagi memastikan akses mudah kepada jualan, sokongan selepas jualan dan perkhidmatan profesional di seluruh Malaysia.

Apa yang menarik,  10 pembeli pertama akan menerima pengecasan EV percuma selama lima tahun di pengedar terpilih (terma dan syarat tertakluk).

e VITARA baharu ini dilengkapi dengan sistem eAxle baharu yang terdiri daripada bateri 61kWh dan motor tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 172 hp  dan tork 193Nm, sekali gus memberikan SUV elektrik ini jarak pemanduan penuh sejauh 426km.

Program Waranti Baharu Model Suzuki Lain

Naza Eastern Motors turut memperkenalkan program waranti kenderaan baharu selama lima tahun tanpa had perbatuan untuk beberapa model Suzuki terpilih di Malaysia (Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus, Fronx, dan Fronx Sport), bagi meningkatkan lagi keyakinan pemilikan bagi rangkaian model Suzuki. Pakej waranti kenderaan baharu ini menggantikan waranti terdahulu iaitu tiga tahun/100,000km.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza, Mohd Rizal Jailan mengulas mengenai pengenalan e VITARA:

"Pengenalan e VITARA menandakan detik penting bukan sahaja untuk Suzuki, tetapi juga untuk Naza Eastern Motors ketika kami melangkah ke era baharu mobiliti elektrik."

"e VITARA mencerminkan komitmen Suzuki untuk membangunkan kenderaan elektrik yang praktikal dan mudah diakses bagi memenuhi keperluan pelanggan hari ini yang sentiasa berubah, tanpa menjejaskan gaya, keandalan dan keseronokan pemanduan yang sinonim dengan jenama ini."

Beliau menambah, "e VITARA ialah langkah ke hadapan yang penting dalam memperluas kehadiran Suzuki di Malaysia di samping menyokong peralihan negara ke arah masa depan automotif yang lebih mampan."

Suzuki e VITARA: SUV Elektrik Pertama Suzuki

Suzuki-e-VITARA-7.jpgSuzuki-e-VITARA-8.jpg

Dibangunkan di bawah konsep reka bentuk DNA "High-Tech & Adventure", e VITARA membawakan reka bentuk yang berani dan tersendiri yang diispirasikan oleh konsep "Metal Beast", menggabungkan estetika digital futuristik dengan gaya SUV yang tegap.

Reka bentuk luaran yang unik menyerlahkan gaya yang berkuasa melalui gerbang roda yang sasa, roda berdiameter besar, serta reka bentuk bahagian hadapan yang berani dengan rupa bentuk heksagon yang unik dan elemen lampu matriks tiga titik yang tersendiri.

Suzuki-e-VITARA-6.jpg

Dengan ukuran panjang 4,275mm, lebar 1,800mm, dan tinggi 1,635mm, serta jarak roda 2,700mm yang luas dan kapasiti kargo sehingga 306 liter, e VITARA menawarkan ruang kabin yang luas dan praktikal di samping mengekalkan saiz kompak yang sesuai untuk persekitaran bandar.

SUV elektrik sepenuhnya ini mempunyai berat kasar 2,250 kg dan dilengkapi dengan set roda 18-inci bergaya yang dibaluti tayar bersaiz 225/55.

Ruang Dalaman dan Keselesaan Premium

Suzuki-e-VITARA-Int-9.jpg

Di bahagian dalam, e VITARA memperkenalkan generasi baharu reka bentuk dalaman Suzuki yang berpusatkan pengalaman digital yang sangat mesra pengguna. Kabin premium dan kontemporari ini menggabungkan upholsteri jersi Melange baharu, kemasan hitam piano, kemasan perak gelap berkilau tinggi, dan perincian geometri bertekstur.

Suzuki-e-VITARA-7.jpg

Penggunaan pelbagai bahan, termasuk kulit sintetik bertebuk (perforated) dan kulit sintetik coklat, mewujudkan suasana sofistikated namun lasak yang membezakan e VITARA daripada kenderaan elektrik konvensional.

Antara tarikan utama ialah Sistem Paparan Bersepadu (IDS), yang menggabungkan kluster instrumen dan paparan infotainmen pusat ke dalam satu unit tunggal secara lancar, sekali gus menyediakan akses intuitif kepada maklumat kenderaan, kawalan iklim, dan ciri ketersambungan

Suzuki-e-VITARA-Int-12.jpg

Kabin kenderaan ini turut dilengkapi dengan:

  • Stereng berbentuk squircle (segi empat sama bulat) dua jejari baharu
  • Konsol tengah terapung dengan kawalan shift-by-wire
  • Pengecasan telefon pintar wayarles Qi
  • Soket ACC hadapan dan dua port USB (USB-A dan USB-C)
  • Port USB belakang (USB-A dan USB-C) serta talam telefon pintar
  • Lampu ambien
  • Tempat sandar lengan belakang dengan pemegang cawan
  • Ruang bagasi fleksibel dengan susunan tempat duduk yang boleh dikonfigurasikaN'

SD.png


Rangkaian Kuasa Elektrik Canggih dan Teknologi Pengecasan

Jantung utama e VITARA ialah sistem pacuan elektrik eAxle yang baru dibangunkan oleh Suzuki, yang menyepadukan motor, penyongsang (inverter), dan gear penurunan (reduction gear) ke dalam satu pakej yang kompak dan sangat cekap.

Bateri litium besi-fosfat 61kWh milik e VITARA direka untuk memberikan ketahanan, kecekapan, dan keselamatan, dengan menggabungkan teknologi penyejukan cecair serta pelbagai sistem perlindungan.

Bateri ini menyalurkan kuasa 172hp  dan tork 193Nm ke roda hadapan, memberikan jarak pemanduan keseluruhan sejauh 426km. Pemandu boleh memilih antara tiga mod pemanduan (ECO, NORMAL, dan SPORT) yang membolehkan ciri prestasi kenderaan disesuaikan mengikut keadaan pemanduan dan keutamaan.

Untuk kemudahan tambahan, e VITARA menyokong pengecasan pantas DC, membolehkan bateri dicas daripada 10% hingga 80% dalam masa seawal 45 minit. Manakala pengecasan AC daripada 10% hingga 100% boleh disiapkan dalam tempoh kira-kira sembilan jam menggunakan pengecas 7kW.

Teknologi Keselamatan dan Bantuan Pemandu yang Komprehensif

Suzuki e VITARA dilengkapi dengan rangkaian sistem keselamatan canggih dan bantuan pemandu yang komprehensif, direka untuk menyokong pemandu di jalan raya bandar, lebuh raya, serta perjalanan jarak jauh.

Ciri-ciri keselamatan utama termasuk:

  • Dual Sensor Brake Support II (DSBS II)
  • Brek pelbagai pelanggaran (Multiple collision braking)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS)
  • Bantuan lampu tinggi (High beam assist)
  • Monitor Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Struktur badan penyerap impak
  • Badan pengurangan kecederaan pejalan kaki
  • Beg udara SRS

Teknologi Kawalan Efektif Keseluruhan (TECT)

e VITARA turut menampilkan sistem kamera 360 darjah dengan pandangan atas (bird's-eye) dan pandangan aras mata, memberikan jarak penglihatan dan keyakinan yang lebih tinggi semasa meletak kenderaan serta ketika melakukan manuver kelajuan rendah.

Memandangkan e VITARA diperkenalkan dalam unit yang terhad untuk fasa pertama ini, pelanggan yang berminat digalakkan untuk mendaftarkan minat mereka lebih awal bagi mengamankan slot mereka sebagai antara pemilik perintis e VITARA pertama di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Suzuki e VITARA baharu, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran sah Suzuki di seluruh negara atau melayari www.suzukimalaysia.com untuk mendapatkan butiran dan kemas kini terkini.






Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1185

SELANGOR

BST1065

JOHOR

JC7982J

PULAU PINANG

PSE9055

PERAK

APK8274

PAHANG

CFH5068

KEDAH

KGH6449

NEGERI SEMBILAN

NEL5204

KOTA KINABALU

SJT6328

KUCHING

QAB4328P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

13-12-2024
Kereta Baru

18-11-2025
Berita Auto
Kereta Baru

18-09-2025
Berita Auto

26-05-2025
Berita Auto

15-04-2025
Kereta Baru

30-07-2024
Kereta Baru

22-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.