Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge yang kini boleh digunakan oleh semua pengguna aplikasi itu yang mana ia hanya perlu disahkan secara automatik dengan menghubungkan akaun pengguna dengan kenderaan berdaftar.
Menerusi fungsi baharu tersebut, pengguna kenderaan elektrik (EV) hanya perlu melakukan tetapan sekali sahaja sebelum sistem membolehkan pengecasan dilakukan secara automatik di pengecas pantas arus terus (DC) terpilih milik Gentari di seluruh negara.
Ciri itu menghubungkan akaun pengguna dengan kenderaan yang didaftarkan, sekali gus membolehkan proses pengecasan bermula sebaik kabel disambungkan tanpa memerlukan aplikasi, kad RFID atau imbasan kod QR.
AutoCharge berfungsi dalam tiga langkah mudah:
- Cucuk (Plug-in): Pengguna menyambungkan kabel DC ke EV mereka.
- Pengesahan automatik (Auto-authenticate): Kenderaan disahkan secara automatik.
- Cas : Sesi pengecasan bermula serta-merta. Tiada aplikasi diperlukan.
Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Fadzrul Ahmad, berkata ekosistem EV Malaysia kini memasuki fasa di mana pengalaman pengguna seharian adalah sama pentingnya dengan peluasan infrastruktur.
"AutoCharge menghapuskan keperluan untuk menggunakan pelbagai aplikasi dan langkah manual, menjadikan pengecasan awam lebih mudah, pantas dan lebih intuitif untuk pemandu EV. Hasilnya adalah tepat seperti yang sepatutnya: Cucuk, Cas dan Jalan.," katanya.
Sempena pelancaran ini, 500 pengguna pertama yang berjaya mendaftar dan menyelesaikan sesi AutoCharge pertama mereka akan menerima kredit Gentari Go bernilai RM10.
AutoCharge akan diperkenalkan secara berperingkat di seluruh rangkaian Gentari di seluruh negara, terutamanya di sepanjang koridor utama dan lokasi bandar.
Gentari kini mengendalikan lebih daripada 600 mata pengecasan EV di seluruh Malaysia, manakala Hab Perayauan (Roaming Hub) Gentari Go menyediakan pengguna dengan akses kepada lebih daripada 18,000 mata pengecasan di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, dan India, membolehkan pengecasan yang lancar ke mana sahaja pemandu pergi.
Maklumat lanjut mengenai lokasi pengecasan yang layak, model EV yang serasi, dan panduan tetapan boleh didapati di aplikasi Gentari Go dan laman web Gentari. Tiada bayaran tambahan dikenakan; kadar pengecasan standard serta pelan atau promosi Gentari Go sedia ada kekal tidak berubah.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4167
SELANGOR
BSV2754
JOHOR
JH7325J
PULAU PINANG
PSH5271
PERAK
APN1957
PAHANG
CFJ4584
KEDAH
KGJ9031
NEGERI SEMBILAN
NEM6501
KOTA KINABALU
SJV2872
KUCHING
QAB642Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
