Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket, Thailand sebagai penghargaan terhadap prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun lalu.
Program yang berlangsung selama empat hari bukan sekadar mengiktiraf pencapaian jualan, malah menjadi platform untuk peserta mendalami perkembangan industri automotif, memahami kehendak pelanggan serta berkongsi pengalaman sebenar dari rangkaian pengedar PROTON di seluruh negara.
Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran PROTON, Ong Chee Wooi, perkembangan pesat teknologi automotif telah mengubah sepenuhnya tugas seorang perunding jualan.
"Hari ini pelanggan datang dengan maklumat yang lebih banyak dan pilihan yang lebih luas, khususnya apabila EV dan PHEV semakin menjadi pilihan pengguna. Sebab itu perunding jualan bukan sahaja perlu mahir mengenai produk, malah perlu menjadi penasihat yang diyakini pelanggan," katanya.
Beliau berkata, latihan berterusan, pendedahan kepada teknologi baharu serta keupayaan berinteraksi dengan pelanggan melalui platform fizikal dan digital kini menjadi faktor penting untuk berjaya dalam kerjaya tersebut.
Lapan model baharu buka lebih banyak peluang kerjaya
Penganjuran program ESA turut berlangsung ketika PROTON terus memperluaskan portfolio produknya.
Dalam tempoh sembilan bulan lalu sahaja, syarikat memperkenalkan lapan model baharu, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia dan membuka ruang lebih luas kepada perunding jualan untuk memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai segmen.

Sehingga akhir Mei 2026, PROTON merekodkan 84,294 unit jualan, bersamaan 26.7 peratus pegangan pasaran. Model Proton Saga muncul sebagai kereta penumpang paling laris di Malaysia pada Mei, manakala Proton X50 terus mengekalkan kedudukannya sebagai SUV paling laris di negara ini.
Dalam segmen kenderaan elektrik, Proton e.MAS 5 kekal sebagai EV nombor satu negara dengan 9,357 unit jualan terkumpul tahun ini, manakala Proton e.MAS 7 PHEV mengungguli segmen hibrid plug-in dengan 2,936 unit diserahkan kepada pelanggan.
Perkembangan itu menjadikan kerjaya dalam bidang jualan automotif semakin mencabar dan bernilai kerana perunding jualan kini perlu menguasai teknologi ketersambungan, sistem bantuan pemandu, ciri keselamatan pintar serta aspek pemilikan EV dan PHEV.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato' Ir. Abdul Rashid Musa, berkata rangkaian pengedar merupakan barisan hadapan syarikat yang memainkan peranan penting dalam membina keyakinan pelanggan terhadap jenama Proton.
"Mereka bukan sekadar menjual kenderaan, tetapi membantu pelanggan membuat keputusan penting berkaitan keperluan mobiliti mereka.
"Melalui program Elite Sales Achiever, kami bukan sahaja menghargai prestasi cemerlang mereka, malah mahu menunjukkan bahawa industri jualan automotif menawarkan kerjaya yang stabil, berdaya saing dan mempunyai peluang pembangunan yang luas kepada mereka yang sanggup belajar serta menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi," katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah
Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.
08-06-2026
Berita Terkini
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Pelancong Asing Ke Thailand Bakal Dikenakan Caj RM54
THAILAND mencadangkan bayaran 450 Baht (kira-kira RM54.56) bagi pelancong asing yang memasuki negara itu melalui udara.
08-10-2026
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge