ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PUSAT 3S OMODA | JAECOO Dibuka Di Selayang

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(16).jpg

OMODA | JAECOO Malaysia membuka cawangan Pusat 3S OMODA | JAECOO di Selayang, Selangor yang dikendalikan oleh CARRO Digital Sdn Bhd.

Fasiliti 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) yang serba lengkap ini  meluaskan lagi jangkauan OMODA | JAECOO Malaysia kepada pelanggan di Selayang, Batu Caves, Templer, Rawang dan kawasan sekitarnya, dengan menyediakan akses mudah kepada rangkaian lengkap perkhidmatan jualan dan selepas jualan jenama tersebut di bawah satu bumbung.

Fasiliti 3S baharu ini dilengkapi dengan enam ruang penyelenggaraan (service bays), yang mampu mengendalikan kapasiti servis bulanan sehingga 624 kenderaan.

Pelanggan juga boleh menikmati bilik pameran yang luas dan selesa yang menampilkan konsep reka bentuk runcit terbaharu daripada OMODA | JAECOO Malaysia.

Photo-3-(8).jpg

Terdapat juga kemudahan Wi-Fi percuma dan ruang santai kopi (coffee lounge) turut disediakan bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, sekali gus mewujudkan suasana yang mesra dan elegan untuk pelanggan mahupun pengunjung.

Bukan sekadar jualan kenderaan, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai perkhidmatan komprehensif termasuk pandu uji, bantuan pembiayaan, penilaian tukar beli (trade-in), sokongan insurans, serta akses kepada perkhidmatan selepas jualan sah dan ekosistem pemilikan OMODA | JAECOO Malaysia.

Sementara itu, Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, berkata, pembukaan cawangan Selayang bukan sahaja menambah satu lagi lokasi dalam rangkaian tetapi mencerminkan keyakinan  terhadap pasaran Malaysia.

"Kami akan terus memperluas rangkaian kami di seluruh negara bagi mendekatkan produk dan perkhidmatan selepas jualan kami kepada pelanggan, sekali gus memastikan pengalaman pemilikan yang lancar di mana sahaja mereka berada," katanya.

Untuk makluman,  jenama ini kini mengendalikan 53 bilik pameran di seluruh negara, disokong oleh rangkaian kukuh rakan pengedar sah yang komited untuk memberikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman pemilikan yang luar biasa di seluruh negara.

Bilik pameran OMODA | JAECOO CARRO terletak di 17498, Jalan Besar, Kawasan Industri Selayang Indah, 68100 Batu Caves, Selangor.

Bilik pameran ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat, dan jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hujung minggu.

Pusat servis pula beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat, dan jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang pada hari Sabtu. Untuk sebarang pertanyaan pelanggan atau tempahan janji temu servis, sila hubungi 016-726 0833.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF3447

SELANGOR

BSR4610

JOHOR

J4295J

PULAU PINANG

PSD6194

PERAK

APJ6733

PAHANG

CFH1022

KEDAH

KGG9158

NEGERI SEMBILAN

NEK8526

KOTA KINABALU

SJS9307

KUCHING

QAB1664P

Terakhir Kemas Kini 08 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

OMODA | JAECOO Malaysia Rekod Jualan 30,000 Unit Sejak Julai 2024

Pencapaian OMODA | JAECOO 2026: 30,000 Unit Terjual Di Malaysia.

11-05-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Berita Auto

Nak Raya Cina, OMODA & JAECOO Malaysia Tawar Ang Pow Hingga RM18,888

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (CNY), OMODA & JAECOO Malaysia memulakan tahun 2026 menawarkan Ang Pow rebat untuk seluruh barisan model di bawah naungannya.

15-01-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Boleh Ditempah, Anggaran Dari RM120K – Mewah Tapi 'Murah'

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan. Selepas mencatatkan prestasi jualan luar biasa pada tahun lalu, tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada ‘adik’ model J7, Jaecoo J5.

13-01-2026
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik

Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.

23-10-2025
Global

Omoda 4 Ultra Dipertontonkan – Model Omoda | Jaecoo Paling Sporty Setakat Ini?

Omoda 4 Ultra telah membuat penampilan sulungnya di peringkat global semasa acara automotif besar-besaran Omoda & Jaecoo International User Summit 2025.

21-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun

Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.

08-07-2026
Berita Auto

Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%

Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.

08-07-2026
Berita Auto

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama: Tawar Rebat Hingga RM36,000

Setahun Di Malaysia, Hyundai Manjakan Pelanggan Dengan Kempen 'Durian Runtuh Berganda-ganda'.

07-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Kes Pandu Melulu Naik 50%: Ini 3 Negeri Yang ‘Juara’ Carta Road Rage

Makin Ramai Pemandu ‘Gila’ Di Jalan Raya? JSPT Dedah Statistik Mengejutkan Enam Bulan Pertama!

07-07-2026
Berita Auto

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Tol Rawang & Federal Highway Dilanda Banjir

Kejadian banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.

06-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.