ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Suhana Veru

Kongsi melalui

b.jpg

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.

Itulah ungkapan paling tepat bagi menggambarkan rezeki terpijak yang diterima oleh seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nik Akmal Afifah Nik Mohd Fuad, 22, apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah P-Circle di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) baru-baru ini.

c.jpg

Hanya dengan memuat turun super app terbaharu Perodua, P-Circle, dan mengaktifkan ciri e-wallet (P-Duit) sepanjang acara berlangsung dari 12 hingga 21 Jun lalu, penuntut universiti ini berjaya membawa pulang sebuah Perodua Myvi 1.3 G berwarna Ivory White.

“Sudah tentu kereta ini lebih baik daripada Perodua Axia yang saya pandu pada masa ini. Terima kasih Perodua. Anda memang terbaik!,” kata Nik Akmal Afifah selepas ditemui pada majlis penyerahan Perodua Myvi 1.3 G (Ivory White) di ibu pejabat Perodua, Rawang, baru-baru ini.

Selain daripada Perodua Myvi sebagai hadiah utama, Perodua turut menyerahkan 100 unit jam pintar P-Go kepada pemenang cabutan bertuah yang lain.

a.jpg

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri  Zainal Abidin Ahmad berkata,  penyertaan pihaknya di KLIMS 2025 mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan dengan 37,786 pengunjung berdaftar .

“Pertandingan Cabutan Bertuah P-Circle ini juga menarik perhatian ramai generasi muda dan Nik Akmal Afifah adalah pemenang bertuah yang terpilih,” katanya.

Terdahulu, dalam acara KLIMS 2026,  Perodua mempamerkan kereta konsep terbaharunya yang dinamakan Chapter 2 atau C2 yang  mewakili gaya reka bentuk berbeza, dilengkapi dengan teknologi terbaharu serta dicipta oleh pereka muda dan berbakat yang mencerminkan visi mereka terhadap masa depan kenderaan elektrik.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF3447

SELANGOR

BSR4610

JOHOR

J4295J

PULAU PINANG

PSD6194

PERAK

APJ6733

PAHANG

CFH1022

KEDAH

KGG9158

NEGERI SEMBILAN

NEK8526

KOTA KINABALU

SJS9307

KUCHING

QAB1664P

Terakhir Kemas Kini 08 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

17-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun

Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.

08-07-2026
Berita Auto

Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%

Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.

08-07-2026
Berita Auto

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama: Tawar Rebat Hingga RM36,000

Setahun Di Malaysia, Hyundai Manjakan Pelanggan Dengan Kempen 'Durian Runtuh Berganda-ganda'.

07-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Kes Pandu Melulu Naik 50%: Ini 3 Negeri Yang ‘Juara’ Carta Road Rage

Makin Ramai Pemandu ‘Gila’ Di Jalan Raya? JSPT Dedah Statistik Mengejutkan Enam Bulan Pertama!

07-07-2026
Berita Auto

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Tol Rawang & Federal Highway Dilanda Banjir

Kejadian banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.

06-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.