Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
.jpeg)
Zeekr Malaysia telah memeterai perjanjian dengan tiga pengedar sahnya bagi meluaskan rangkaian pengedarnya di negara ini.
Antara tiga pengedar baharu itu aalah Quantum Motors Sdn. Bhd. (IOI City Mall, Seremban, KL North), Wheelcorp Premium Sdn. Bhd. (Setia Alam), dan Ghee Hua Co. Sdn. Bhd. (Kuching).
Peluasan rangkaian ini untuk mengukuhkan jejak pasaran runcit Zeekr Malaysia di seluruh Semenanjung dan Timur Malaysia.
Selain itu, ia menyokong kebolehcapaian pelanggan yang lebih kuat, meningkatkan kemudahan servis, dan menyediakan asas untuk pengalaman pemilikan premium yang lebih menyeluruh tatkala jenama ini terus mengembangkan portfolio produknya di Malaysia.
.jpeg)
Pengumuman ini menyusul selepas siri pencapaian penting yang telah menyokong pertumbuhan Zeekr Malaysia dalam segmen EV premium. Selepas berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Jenama EV Premium No. 1 di Malaysia secara berturut-turut pada tahun 2026, Zeekr Malaysia terus memperkukuh portfolio premiumnya melalui pengenalan model 2026 Zeekr X baru-baru ini.
Meluaskan Akses Runcit di Seluruh Malaysia
Pengedar sah baharu Zeekr akan menguruskan outlet jualan baharu, yang mana sesetengahnya merangkumi pusat servis dan pasca-jualan (atau pusat 3S).
Setakat Julai 2026, senarai rakan pengedar sah Zeekr termasuklah:
- BH Premium Auto (M) Sdn. Bhd. (Ipoh).
- Unihub Auto Services Sdn. Bhd. (Melaka).
- EVA Automobile Sdn. Bhd. (Ampang).
- Sentinel Automotive Sdn. Bhd. (Petaling Jaya).
- Preeminent Auto Sdn. Bhd. (KLCC, Puchong, Skudai, Lebuhraya Persekutuan)
- Kumpulan Sunway (Sunway City)
- Carro (Bangsar, Mutiara Damansara, dan Juru Autocity)
Secara keseluruhan,cawangan jualan Zeekr kini mencecah 11 cawangan dan berhasrat untuk menambahkan kepada 18 outlet di seluruh negara menjelang akhir tahun nanti.

Sementara itu, Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu berkata, rakan pengedar sah memainkan peranan penting dalam membawa pengalaman pemilikan Zeekr lebih dekat kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
"Selain meluaskan jejak pasaran, kami bekerjasama rapat dengan rakan pengedar untuk terus meningkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhan, bagi memastikan pelanggan menerima perjalanan yang lancar dan premium bermula daripada pembelian sehinggalah sokongan pasca-jualan," k
Kunjungi bilik pameran sah Zeekr yang terdekat hari ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang barisan model terkini dan tawaran pemilikan, atau layari laman web kami dan ikuti kami di platform media sosial: Instagram (@zeekrmy), Facebook (Zeekr Malaysia), TikTok (@zeekrmalaysia).
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6349
SELANGOR
BSR5187
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6940
PERAK
APJ7457
PAHANG
CFH1346
KEDAH
KGG9814
NEGERI SEMBILAN
NEK8762
KOTA KINABALU
SJT163
KUCHING
QAB1786P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026
Seteru Rolls-Royce versi 'Mampu Milik'? Zeekr 9X bakal didedahkan di KLIMS 2026.
09-06-2026
Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr
Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!
03-06-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
"Kereta Yang Solid!" – Lee Chong Wei Pilih Zeekr 7X Sebagai EV Baharunya
Jenama EV premium, Zeekr Malaysia, baru-baru ini menyerahkan unit Zeekr 7X kepada ikon sukan negara, Datuk Seri Dr. Lee Chong Wei.
02-03-2026
Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD
Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.
13-02-2026
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.
09-02-2026
Berita Terkini
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat