ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima 263 unit kenderaan mobiliti tinggi model Tedung dan Kala bernilai RM164.91 juta. Peluncuran oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 27 Ogos lalu di Wisma Pertahanan ini bertujuan memperkukuh keupayaan taktikal dan kesiapsiagaan operasi medan perang negara.
ATM Beli 263 Kenderaan Tedung & Kala RM164.91 Juta Kukuh Pertahanan Negara

Langkah perolehan dua aset baharu ini mencerminkan komitmen berterusan ATM dalam mendepani cabaran keselamatan dan ancaman persekitaran semasa serta masa hadapan.
Sebanyak 163 unit model Tedung dengan nilai kontrak RM92.91 juta bakal dibekalkan secara berperingkat. Ini merangkumi 80 unit Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) Pelancar Bom Tangan (AGL) dan 83 unit KPS Mesingan (HMG).
Spesifikasi & Keupayaan Taktikal Model Tedung

Model Tedung dibangunkan berasaskan kenderaan pacuan empat roda (4x4) Agrale Marruá AM250 Double Cab. Ia direka khusus untuk menawarkan ketahanan, fleksibiliti, dan ketangkasan di pelbagai medan operasi.
Dipertahankan oleh enjin diesel Cummins F3.8 Intercooled Turbo, platform ini menghasilkan 170 cv (125 kW) dan tork puncak 600 Nm menerusi sistem pacuan 4x4 sepenuh masa.
Kelegaan tanah (ground clearance): 350 mm
Sudut tuju: 58 darjah
Keupayaan mendaki: 60% jalan berturap, 40% medan rentas desa
Keupayaan modifikasi: Boleh diubah menjadi Kenderaan Penarik Meriam (KPM), Kenderaan Radio (FFR), atau Pusat Arahan
Kelebihan HMRV Kala: Kenderaan Tinjau Berkuasa Tinggi
Bagi model Kala pula, ATM memperuntukkan RM72 juta bagi memperolehi 100 unit Kenderaan Tinjau Mobiliti Tinggi (HMRV). Aset ini memfokuskan kepada penugasan tinjauan dan pergerakan pantas merentasi pelbagai halangan fizikal.
Kenderaan ini dijana enjin Rotax 900cc ACE Turbocharged yang mampu menghamburkan sehingga 200 kuasa kuda (HP). Ia turut dilengkapi sistem pacuan 2WD/4WD, front differential lock, dan suspensi khas cross-country.
Dengan kelegaan tanah 330 mm, Kala mampu mengharungi air sedalam 500 mm, melepasi halangan menegak 300 mm, serta merentasi parit selebar 500 mm. Kenderaan ini direka untuk membawa seorang pemandu bersama tiga anggota tentera bersenjata lengkap.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Terowong Menora: Trak ATM Masuk Gaung, Seorang Anggota ATM Terkorban
Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Perak semalam.
02-10-2025
Brek Lori Rosak Punca Lori ATM Rempuh Tembok Tol
Sebuah AT yang dalam perjalanan membawa 13 Parajurit Muda melanggar tembok batu pemisah lorong tol di Kilometer 7.1 Plaza Tol Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.
17-12-2022
Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
ATM dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan Vigus PRO 4X4.
05-10-2021
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge