Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang

Gara-gara mahu mengelak lubang pembetung, nyawa seorang penunggang motosikal melayang dalam sekelip mata di Jalan Meru Tambahan. Klang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.37 pagi itu, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Puncak Alam menghala ke Meru.
Ketika melalui lokasi terbabit, mangsa dipercayai cuba mengelak lubang pembentungan di laluan tengah jalan. Tindakan itu menyebabkan motosikalnya hilang kawalan lalu melanggar bahagian sisi kiri sebuah kereta sebelum merempuh sebuah lori.
Pengesahan Pihak Polis Klang Utara
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
"Kereta berkenaan dipandu seorang wanita berusia lingkungan 20-an, manakala lori terbabit dipandu lelaki lingkungan akhir 20-an," jelas beliau dalam kenyataan rasmi.
Siasatan Lanjut dan Rayuan Saksi
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian. Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil membantu siasatan.
Anda boleh menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT IPD Klang Utara, Inspektor Rohaya Khalid menerusi talian 013-6037578.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4167
SELANGOR
BSV2754
JOHOR
JH7325J
PULAU PINANG
PSH5271
PERAK
APN1957
PAHANG
CFJ4584
KEDAH
KGJ9031
NEGERI SEMBILAN
NEM6501
KOTA KINABALU
SJV2872
KUCHING
QAB642Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lelaki Maut, Tercampak Dari Flyover Setinggi 21 Meter
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh dari jejambat (flyover) setinggi kira-kira 21 meter, di Susur 1/B 0.5 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Khamis lalu.
26-07-2025
Satu Nyawa Melayang Setiap 80 Minit, 70% Penunggang Motosikal
Kemalangan jalan raya tahun lalu menyebabkan 6,000 kematian dengan purata satu nyawa terkorban setiap 80 minit.
11-10-2024
Maut Kemalangan Motosikal TINGGI Tahun 2023 – 8 Kesalahan Ini Sering Dilakukan Penunggang
Ini 8 kesalahan yang sering dilakukan penunggang motosikal. Anda setuju atau tidak?
23-01-2024
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
