Bugatti Jual Meja Pool Paling Mahal Di Dunia!
Pengeluar automobil terkemuka, Bugatti yang cukup sinonim dalam menghasilkan kereta sport hiper terkemuka di dunia kali ini dilihat memperluaskan koleksi keluarannya apabila ia menampilkan meja pool bernilai €250.000 (RM1.2 juta).


Seiring dengan nama Bugatti, meja pool itu dikatakan menggunakan teknologi inovatif sekali gus memberikan kelainan luar biasa berbanding dengan produk pesaingnya.
Meja pool paling mahal di dunia itu direka oleh syarikat pakar fiber, IXO. Ia yang direka untuk kegunaan di atas kapal layar mewah turut dilengkapi dengan sistem servo-driven yang menggunakan sensor giroskopik.

-full.jpg)
Menurut Bugatti, sistem teknologi canggih itu berupaya meratakan permukaan meja dan diselaraskan mengikut pergerakan air laut.
“Sistem yang dipasang pada meja itu mampu diselaraskan hanya dalam masa lima milisaat dan pergerakannya dapat diselesaikan secara senyap dengan penyesuaian bebas-getaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Sama seperti kereta sport hiper yang dihasilkan di Molsheim, Perancis, meja pool Bugatti itu juga diperbuat daripada material berkualiti tinggi selain turut menggunakan lencana Bugatti.
Kemasan fiber karbon dikatakan mewakili kereta mewah itu manakala, bingkai meja itu diperbuat daripada titanium dan aluminium serta memenuhi standard yang digunakan oleh pemain profesional dalam pertandingan.
-full.jpg)
Setiap meja pool itu dihiasi dengan logo rasmi Bugatti dan plak unik dengan bilangan edisi terhad setiap produk. Setiap laci meja itu dihiasi dengan kemasan aluminium selain dipadankan dengan logo Bugatti.
Bahagian memasukkan bola pula diperbuat daripada keluli tahan karat yang dilapisi dengan material kulit bagi mengelakkan terdapat kakisan daripada bahagian aluminium.
-full.jpg)
Meja itu juga dilengkapi dengan isyarat pool fiber karbon ringan dan skrin sentuh berukuran 33 sentimeter bagi memantau skor pemain.
“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan rakan kongsi kami, IXO yang sememangnya menitiberatkan soal kualiti.
“Melalui nilai bersama, kami dapat memastikan bahawa meja pool Bugatti akan dihasilkan dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi menerusi teknologi canggih,” kata Presiden Automobil Bugatti, Stephan Winkelmann.
Tambah beliau, pihaknya hanya memilih rakan kongsi terbaik untuk mewakili jenama Bugatti.
“Kami sedar bahawa IXO sentiasa memenuhi penanda aras yang sama seperti mana yang kami harapkan dalam pengeluaran kereta sport hiper yang dihasilkan di Molsheim,” tambahnya.

Setakat ini, Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan dilaporkan telah menyatakan minatnya untuk membeli meja pool itu untuk diletakkan di dalam kapal layar miliknya, Azzam, sebuah kapal layar terbesar di dunia.


Bugatti hanya akan menghasilkan 30 unit meja pool itu dalam edisi terhad dan penghantaran meja itu kepada pelanggannya dijangka bermula Jun depan.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG2038
SELANGOR
BSR6041
JOHOR
JA3041J
PULAU PINANG
PSD7824
PERAK
APJ8429
PAHANG
CFH1632
KEDAH
KGH1051
NEGERI SEMBILAN
NEK9215
KOTA KINABALU
SJT985
KUCHING
QAB2031P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure
Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.
03-02-2022
Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia
Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.
21-01-2022
Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan
Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.
07-01-2022
Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama
Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'
03-01-2022
Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini
Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.
03-11-2021
Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula
Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.
01-11-2021
Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu
Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.
22-10-2021
Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide
Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.
08-09-2021
Berita Terkini
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat