Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!
Jam tangan Bugatti?
Tiada apa yang perlu dihairankan memandangkan ini bukan kali pertama Bugatti menghasilkan jam tangan mewah.
Sebaliknya, ini merupakan kali pertama Bugatti tampil dengan jam tangan pintar!
Oleh itu, Bugatti mendedahkan koleksi terbaharunya yang terdiri daripada tiga model jam tangan pintar.

Oleh itu, Bugatti mendedahkan koleksi terbaharunya yang terdiri daripada tiga model jam tangan pintar.
Jam mewah ini dikenali sebagai the Bugatti Ceramique Edisi One Pur Sport, Bugatti Ceramique Edisi One Le Noire dan Bugatti Ceramique Edisi One Divo.
Menerusi kerjasama dengan salah sebuah pengeluar jam tangan mewah, VIITA Watches. Dengar sahaja nama VIITA, sudah tentunya ia menawarkan kualiti yang terbaik selain dilengkapi dengan teknologi canggih.
Malah, sedia maklum bahawa VITTA sememangnya telah menyesuaikan perisiannya bagi memenuhi permintaan tinggi selain seiring dengan teknologi semasa.
Ia dikatakan hadir dengan sejumlah ciri teknikal yang agak luar biasa!

Bagi model jam tangan pintar Bugatti ini, ia terdiri daripada 90 jenis aktiviti sukan selain mampu mengesan kandungan oksiden dalam darah termasuk kadar degupan jantung dan turut dilengkapi dengan sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Fuhh, hebat kan?
Seperti sedia maklum, Bugatti juga amat menitiberatkan soal keterperincian maka, setiap contoh jam dibuat dengan menggunakan tangan.
selain digabungkan dengan pasukan IT yang terkenal dan pakar jam tangan bagi menghasilkan model berkenaan yang terdiri daripada 1,000 komponen berasingan.
Selain itu, jenama berkenaan turut terkenal dengan keperibadiannya. Jadi, pemilik jam pintar Bugatti ini boleh memilih tali jam tangan jenis getah atau tali titanium.
Bagi memperincikan setiap model ini, ketiga-tiga jam tangan berkenaan boleh ditempah dengan pelindung bezel.
Malah, dengan adanya proses pemesinan dikawal komputer (CNC), bezel ini diukir dengan teliti dan ia diperbuat daripada bahan seramik tahan calar.
Beberapa laporan turut mendedahkan bahawa ketiga-tiga model itu siap dalam tempoh 20 hari sahaja.
Tahukah anda bahawa pemilik jam ini juga boleh menukar pelindung bezel hanya dalam satu minit dengan menggunakan satu kunci unik yang disediakan dengan jam berkenaan!
Antara ciri unik lain yang terdapat pada jam ini termasuk mengukur data kesihatan selain ia yang dilengkapi dengan dua sensor mampu mencatat kadar degupan jantung bagi melaporkan data kesihatan seseorang individu.

Malah, jam tangan yang disokong dengan VO2Max menyebabkan ia juga dapat mencatatkan tahap tekanan dan usia biologi manakala, GPS jam tangan pintar ini telah direka khas hanya untuk Bugatti.

Jika para pemilik jam tangan ini menyertai lumba kereta, mereka sebenarnya boleh mencatat masa pusingan dan kadar pecutan melalui ciri-ciri yang disediakan di dalam jam ini.
Ketiga-tiga model dilengkapi dengan sel bateri 445 mAh yang menawarkan jangka hayat sehingga 14 hari. Ia dipadankan dengan skrin LED berwarna penuh 390 x 390 piksel dengan keupayaan tahan calar.
Kini, jam tangan pintar Bugatti didatangkan dengan jaminan selama lima tahun.

“Di Bugatti, kami meneruskan penggunaan teknologi canggih. Ini yang menyebabkan kami teruja untuk mewujudkan kerjasama baharu dengan VIITA Watches.
“Kami hanya memilih rakan kongsi yang sesuai dengan penanda aras prestasi Bugatti termasuk yang menitikberatkan soal kualiti dan prestasi. Jam tangan pintar Bugatti ini menawarkan kemewahan, perisian dan ciri khas yang tampil dengan material berkualiti tinggi,” kata Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif VIITA Watches, Martin Konrad menyifatkan pihaknya merupakan peneraju jam tangan pintar termasuk data kesihatan biometrik.

Bagaimanapun, VIITA dan Bugatti telah memilih kickstarter.com untuk kempen pra-pelancaran jam tangan itu dimana ia kini dijual secara eksklusif hanya untuk tempoh yang agak singkat.
Begitupun, ia tidak mendedahkan harga sebenar jam berkenaan.
Untuk keterangan lanjut, layari http://www.bugatti-smartwatches.com.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure
Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.
03-02-2022
Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia
Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.
21-01-2022
Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan
Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.
07-01-2022
Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama
Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'
03-01-2022
Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini
Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.
03-11-2021
Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula
Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.
01-11-2021
Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu
Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.
22-10-2021
Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide
Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.
08-09-2021
Berita Terkini
Jangan Takut Kalau Nampak Polis di Stesen Minyak! Ini Sebab Sebenarnya Mereka Ada Di Sana
Kenapa Tiba-tiba Ada Polis di Stesen Minyak?
11-04-2026
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?
Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang
10-04-2026
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV
Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.
10-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia
Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.
09-04-2026
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat
Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.
09-04-2026
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Harga minyak tanpa subsidi semakin melambung.
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat