ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kisah Kereta Prototaip Bugatti Chiron: Kekal Utuh Setelah Lalui Ujian Mencabar Selama 8 Tahun!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Prototaip Bugatti Chiron atau 4-005 yang telah berkhidmat lama dalam dunia uji kaji pakar-pakar sistem kereta Bugatti kini mula 'bersara' daripada kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. 

Sepanjang lapan tahun ujian dan kajian dilakukan terhadap model prototaip ini, ia telah banyak berkhidmat untuk menawarkan kesempurnaan yang terdapat pada Chiron yang dikeluarkan dalam pasaran.

Dikenali sebagai 4-005, yang disebut 'Four Five' dalam bahasa Inggeris, nombor empat membawa maksud 'prototaip' sementara nombor lima pula bermakna prototaip Chiron yang kelima. Kesemua lapan jenis Chiron ini dibina dengan menggunakan kepakaran tangan dan membabitkan penggunaan bahagian-bahagian yang dihasilkan khas.

Prototaip ini ialah model Chiron pertama yang dipandu di Amerika Syarikat, melakukan aksi drift dalam salji di Skandinavia, melakukan pusingan dalam litar berkelajuan tinggi di Nardò, berjaya melepasi ujian haba di Afrika Selatan dan afterburner  Eurofighter Typhoon.

Selain telah dipandu uji, tayar kereta sport hiper ini turut digunakan oleh unit pembangunan Electrics and Electronics sebagai bahan ujian makmal. 

Jurutera ujian biasanya akan memberikan tugasan tertentu kepada prototaip dan kebiasaannya, prototaip akan dibuang selepas ujian sistem dilakukan. 

Walau bagaimanapun, ini tidak dilakukan kepada prototaip Chiron. Bermula dari tahun 2013, kesemua perisian kereta hiper 4-005 dibangunkan dan diuji. 

Proses ini melibatkan kira-kira 30 unit kawalan kenderaan yang menjalani prosedur ujian khusus setelah dilakukan pengubahsuaian, pertama di bangku ujian dan seterusnya di dalam kenderaan.

Seperti yang dikatakan, pasukan Bugatti bergerak ke seluruh Amerika Syarikat dan separuh Eropah untuk memandu uji kereta, memantu dan juga memperhalus sistem.  Antara lokasi-lokasi yang dilawati untuk tujuan ini adalah Death Valley, Granada, Grand Canyon dan Grossglockner.

Proses ini dilakukan untuk memastikan kesemua sistem navigasi dan peta prototaip berfungsi dengan baik di setiap negara dan negeri yang dilalui.  Ini juga dilakukan untuk menyempurnakan fungsi-fungsi lain seperti penerimaan data satelit, sambungan aerial, radio dan telefon. 

Sementara itu, ujian haba yang dilakukan di kawasan gurun pula dilakukan untuk memantau sistem penyejuk udara bagi memastikan aliran penyejukan berfungsi pada tahap optimum.

Selain itu, 4-005 juga melalui penambahbaikan sebelum pengeluaran dimulakan.  Ini termasuklah fungsi sistem navigasi dan panggilan persidangan serta navigasi menu human-machine interface (HMI) berdasarkan spesifikasi reka bentuk tertentu.

Teknologi yang digunakan model ini sememangnya canggih memandangkan jurutera sering mengemaskini perisian dan perkakasan kereta setiap kali ujian dilakukan sekiranya penambahbaikan diperlukan.

Hasil daripada kajian yang mendalam mencecah lebih daripada lapan tahun ini dengan jarak perjalanan lebih daripada 74,000 km dalam pelbagai situasi jalan yang mencabar, fungsi dan keadaan elektronik kereta prototaip ini masih bebas daripada sebarang kerosakan. Setelah melalui kesemua situasi yang mencabar ini, akhirnya prototaip 4-005 telah mendapat persaraan yang dinanti-nantikan. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.

03-02-2022
Berita Auto

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

21-01-2022
Berita Auto

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.

03-11-2021
Berita Auto

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.

01-11-2021
Berita Auto

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.

22-10-2021
Berita Auto

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

08-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026
Berita Auto

20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi

Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!

26-05-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari

Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.

26-05-2026
Berita Auto

Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang

Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.

26-05-2026
Berita Auto

Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei

Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.

26-05-2026
Berita Auto

PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.

25-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.