Hebat! Lamborghini Urus Kelilingi Jepun Hanya Dalam 30 Hari
Lamborghini Automobili yang berpangkalan di Jepun melancarkan perjalanan kembara ke seluruh Negara Matahari Terbit itu dengan menggunakan kenderaan utiliti sukannya (SUV), Lamborghini Urus pada Mei lalu.

Projek mengelilingi Jepun yang dikenali sebagai Unlock Any Road Japan dikatakan bermula dari Fukuoka pada 26 April dan misi penggembaraan itu akhirnya tamat di Tokyo pada 23 Mei lalu.

Malah dikatakan jarak perjalanan itu meliputi lebih 6,500 kilometer selain telah menjelajahi kira-kira 17 negeri di Jepun.
Penggembaraan ini turut menawarkan pengalaman menyaksikan pemandangan indah semula jadi di setiap negeri itu dan sudah pastinya menikmati pemanduan Lamborghini Urus.
Siri jelajah negara Jepun itu disertai media fesyen, gaya hidup dan automotif sejak sebulan lalu di mana mereka dikatakan berlepas dan tiba di cawangan pengedar sah Lamborghini.

Ini bermakna perjalanan separuh pertama kembara itu bermula di Fukuoka dan kemudian melewati beberapa negeri seperti Hiroshima, Kobe, Osaka, Nagoya, Kanazawa, Yamagata, dan Akita.
Perjalanan itu kemudian menyelusuri sepanjang Laut Jepun apabila dua buah Lamborghini Urus melewati negeri Hokkaido, Sendai, dan Yokohama sebelum tiba destinasi terakhir iaitu The Lounge Tokyo yang terletak di Roppongi.
Menatapi jentera Urus ini, bahagian reka bentuk Centro Stile Lamborghini dikatakan berjaya menghasilkan dua SUV Urus secara eksklusif iaitu Giallo Inti Pearl Capsule dan satu lagi dalam spesifikasi Blu Astraeus.

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan cat dua-tona bersama empat lapisan cat kilat digelar Urus Pearl Capsule serta warna-warna tradisi Lamborghini Giallo Inti (kuning), Arancio Borealis (oren) dan Verde Mantis (hijau).
Selain itu, ia turut bercirikan bumbung warna hitam berkilauan, peresap belakang yang agak sporty, lip spoiler dan beberapa bahagian lain yang menyempurnakan keseluruhan penampilan jentera ini.

Menyentuh mengenai dalamannya, ia turut dihiasi dengan kombinasi warna dua tona dengan corak balutan kerusinya seolah-olah berbentuk heksagon dengan jahitan Q-Citura selain terdapat sulaman logo pada kerusi.
Tidak terkecuali, ia juga hadir dengan komponen gentian karbon dan perincian aluminium anodized hitam.
Lebih menarik, terdapat kerusi kawalan elektrik penuh yang dipadankan dengan balutan kulit Alcantara berliang (perforated) untuk tujuan keselesaan dimana ia dihasilkan secara eksklusif untuk Pearl Capsule.

Berbalik semula kepada misi jelajah di Fukuoka, peserta sempat mengunjungi Kuil Miyajidake yang terkenal dengan pemandangan Road of Light atau Jalan Cahaya.
Mereka juga dikatakan juga melawati beberapa monumen bersejarah seperti Kubah Bom Atom yang terletak di Hiroshima.
Ketika berada di Kagawa, kedua-dua jentera SUV itu melakukan pemanduan menyelusuri Taman Bunga Urashima dimana terbentang ladang-ladang bunga selain disajikan dengan pemandangan laut sebelum meneruskan perjalanan ke Jambatan Great Seto yang sepanjang 12, 300 meter.
Misi kembara itu kemudian meneruskan perjalanan ke bandar Bizen yang menawarkan pemandangan luar biasa iaitu ketika tiba di Istana Himejea.

Tahukah anda, kawasan ini merupakan Tapak Warisan Dunia Pertama Jepun. Di sana, pasukan ekspedisi berpeluang merakam momen kebudayaan Jepun selain tidak melepaskan peluang menguji prestasi dinamik Urus.
Mereka turut disajikan dengan keindahan semula jadi Air Terjun Juni yang terletak jauh ke dalam kawasan pergunungan.
Di sebalik menikmati keindahan itu, konvoi itu turut berpeluang merasai trek off-road dengan menyelusuri beberapa laluan berlumpur.

Ketika melakukan pemanduan yang agak mencabar, SUV itu turut menterjah Sungai Yoshino sebelum tiba di kaki langit Shigiikoma yang menawarkan pemandangan indah terutamanya ketika waktu malam.
Sebaik tamat melakukan pemanduan dengan melalui kawasan hutan pokok buluh Nishinooka, pasukan kembara itu berhenti seketika di Kuil Yasaka dimana ia dikatakan telah dibina kira-kira 1,300 tahun lalu.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke Pacific Long Beach yang menyajikan pemandangan laut biru termasuk Tasik Biwa dan akhirnya tiba di Perkampungan Shirakawa yang dikelilingi dengan landskap yang dipelihara dengan baik.
Konvoi itu kemudian tiba di daerah Higashi Chaya dimana terdapat deretan rumah tradisi yang dihiasi dengan kemasan tingkap kekisi berwarna merah.
Kemudian apabila konvoi itu tiba di jalan masuk Chirihama Nagisa, pemandu juga berpeluang melakukan pemanduan di kawasan pantai berpasir.

Penggembaraan itu meneruskan perjalanan ke wilayah Yamagata, dimana SUV Lamborghini menjalankan sesi penggambaran dengan berlatar belakang Pulau Hakusan yang terletak di luar Pantai Yura.
Hakikatnya, cat dua tona yang disadurkan pada Urus Pearl Capsule dilihat menambahkan lagi keindahan landskap yang memukau itu.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa projek ini dijalankan di Jepun?
Misi penggembaraan ini dikatakan bertujuan untuk menyelami keindahan semula jadi dan daya tarikan lain di Jepun selain menampilkan unsur elemen versatil Lamborghini Urus.

Bercakap mengenai SUV super sport pertama di dunia ini, ia sebenarnya menggabungkan unsur sebuah kereta super sport dengan fungsi sebuah SUV.
Ini bermakna Urus memberi peluang kepada pemandu untuk mencuba pelbagai jenis keadaan jalan, tidak kira trek, pasir, permukaan jalan batu kelikir atau laluan berbatu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sampai Hati Rosakkan Lamborghini Bos
Gara-gara bengang dibuang kerja, seorang lelaki tergamak merosakkan kereta mewah Lamborgini Urus milik majikannya di Taman Melawati, Ampang, baru-baru ini.
30-08-2024
Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!
Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.
19-08-2024
SUV PHEV Berprestasi Tinggi, Lamborghini Urus SE Kini Di Malaysia – Capai 789 HP! Dari RM1,028,000
Lamborghini Urus SE kini rasmi di Malaysia.
04-06-2024
Auto China 2024: Lambo Urus SE, 789 Hp, V8 PHEV
Enjin V8 dan sistem PHEV membuatkannya ia mampu menghasilkan kuasa setakat 789 hp dan tork 950 Nm.
25-04-2024
Urus Performante, Edisi Terhad, Ada 40 Biji Je
Lamborghini menayangkan Lamborghini Urus Performante "Essenza SCV12" Limited Edition.
18-05-2023
Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi
Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022.
24-03-2023
Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?
Kini pengeluar supercar British, McLaren pula akan mengeluarkan sebuah SUV selepas Lamborghini, Aston Martin dan Ferrari.
17-10-2022
Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?
Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar serta sistem hibrid.
21-09-2022
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
