Volvo Car Malaysia Terima Pengarah Urusan Baharu
Pengedar rasmi kenderaan di Malaysia, Volvo Car Malaysia Sdn Bhd mengumumkan Charles Frump akan mengambil alih jawatan sebagai pengarah urusan daripada Nalin Jain.
Frump pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Volvo Car di India sejak tahun 2017 . Beliau memainkan peranan dalam mempercepatkan proses pertumbuhan bahagian pasaran dan pendapatan Volvo di India.

Beliau memulakan perjalanannya dengan Volvo Cars sekitar tahun 2018 dimana beliau ketika itu merupakan Pengarah Pemasaran Volco Car di Jepun. Frump dikatakan memiliki pengalaman selama 20 tahun dalam pelbagai pasaran di seluruh negara Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.
Beliau juga pernah menggalas beberapa jawatan dalam pemasaran, jualan, khidmat pelanggan dan pengurusan rangkaian.
“Saya teruja untuk memulakan perjalanan dengan Volvo terutamanya dalam pasaran baharu ini. Saya melihat Malaysia sebagai satu persimpangan kepada tempat-tempat yang pernah saya lalui dan saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan tempatan secara individu untuk membina kekuatan kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Frump memegang memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Pemasaran Antarabangsa dari UCLA Anderson School of Management, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang ekonomi dan matematik dari Kolej St. Olaf, Minnesota, Amerika Syarikat.
Frump adalah peminat sukan dan gemar bermain hoki ais. Beliau gemar menjelajah ke negara-negara baharu pada setiap tahun dengan isterinya tetapi beliau kerap melancong ke Jepun dan Sepanyol kerana ia merupakan sebagai destinasi pelancongan kegemarannya sepanjang masa.

Untuk makluman anda, pelantikan Frump adalah susulan daripada pengumuman global Volvo untuk menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030.
Malah, Volvo Cars baru-baru ini melancarkan kempen “Ultimate Safety Test” untuk mengisytiharkan perubahan iklim sebagai cabaran keselamatan terbesar yang dihadapi manusia.
Ketika syarikat berusaha menuju masa depan yang lebih lestari, Frump dikatakan akan memainkan peranan penting dalam menerajui Volvo Car Malaysia sebagai peneraju kenderaan elektrik premium di Malaysia.
“Masa depan adalah elektrifikasi, ini adalah sesuatu yang sangat kami percayai. Anak-anak hari ini akan menjadi pemandu pada masa depan, dan mereka sedang membesar dalam persekitaran di mana perubahan iklim dan pemanasan global menjadi masalah utama yang akan mereka hadapi.
Bagi memastikan mereka mempunyai Bumi hijau yang selamat untuk hidup, kami berhasrat untuk mengurangkan jejak kitaran karbon untuk setiap kereta secara konsisten melalui tindakan konkrit dimana kami memindahkan seluruh portfolio kenderaan kami kepada elektrifikasi. Kami berharap dengan berbuat demikian, ia dapat membantu pelanggan kami mengambil langkah aktif dalam kelestarian bersama,” kata Frump.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
Miliki Volvo Idaman Anda Sempena Merdeka: Rebat Sehingga RM70,000
Volvo Car Malaysia Anjur Acara 48-Hour Merdeka Deal 15 & 16 Ogos Ini.
04-08-2026
Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia
Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan
15-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
Misteri Kereta 'SELAMAT' Terjawab, Ada Kaitan Dengan Volvo?
Teka-teki mengenai kemunculan kereta misteri dengan grafik “SELAMAT” yang tular di sekitar ibu kota sejak 15 Januari lalu akhirnya terjawab semalam.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888
Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.
30-09-2025
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

