- Berita
- Berita Auto
- 20 Pelumba Bakal Berentap Untuk Ke Pusingan Terakhir Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports 2021!
20 Pelumba Bakal Berentap Untuk Ke Pusingan Terakhir Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports 2021!
20 Pelumba Simulasi Terpantas Malaysia kini sudah bersedia untuk melangkah masuk ke pusingan kemuncak Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports hujung minggu ini. Pelumba berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM70,000 dan juga berpeluang untuk mewakili negara dalam kelayakan GR GT Cup Asia.

Untuk pengetahuan pembaca, Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports buat julung kalinya diadakan pada tahun 2018. Bilangan peserta dan juga penonton dikhabarkan menunjukkan peningkatan yang besar pada tahun lalu. Jumlah penonton yang menyaksikan perlumbaan yang ditayangkan secara dalam talian ini dikatakan mencecah 1 juta orang!
Bagi tahun ini, pusingan kelayakan telah diadakan pada 21 hingga 29 Ogos sebelum berlangsungnya peringkat suku akhir pada 4 ke 5 September baru-baru ini. Kesemua 20 pelumba terbaik yang telah berjaya melepasi pusingan kelayakan akan bersaing dalam pusingan separa akhir pada 18 September nanti. Dalam perlumbaan ini, 10 pelumba terbaik akan dipilih untuk mara ke pusingan terakhir pada hari berikutnya.

"Momentum dan juga minat terhadap Kejuaraan GR Velocity Esports menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam masa hanya empat tahun. Ini merupakan dorongan yang besar untuk esports dan sukan permotoran, dan kami berbangga kerana dapat mengekalkan acara kejuaraan ini walaupun berhadapan dengan kekangan pandemik," kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
Terdapat kelainan untuk pusingan terakhir pada tahun ini - acara akan diadakan sepenuhnya dalam talian iaitu dari rumah semua pelumba yang bersaing. Perlumbaan diadakan menerusi permainan video Gran Turismo Sport yang terdapat dalam Sony Playstation. Penonton boleh menyaksikan perlumbaan ini melalui Facebook dan YouTube Toyota Gazoo Racing Malaysia dan juga saluran eGG Astro.

Perlumbaan lain iaitu Vios Challenge Promotional, Sporting, Super Sporting dan Rookie akan turut diadakan secara simulasi.
Antara selebriti yang terlibat dalam perlumbaan lain ini ialah pemandu-pemandu Promotional Class, Zizan Razak, Nabil Ahmad, Shukri Yahya serta pelumba jemputan, Sharnaaz Ahmad. Sementara itu, Clement Yeo, Tengku Djan Ley dan Hayden Haikal akan bersaing dalam Sporting dan Super Sporting Class manakala Naquib Azlan, Putera Adam dan Amer Harris akan bersaing dalam Rookie Class.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan dalam Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports adalah dalam bentuk wang tunai berjumlah RM20,000, RM10,000, RM7,000, RM5,5000 dan RM4,500 untuk pemenang yang menduduki tempat pertama sehingga kelima. Hadiah turut akan diberikan kepada pelumba pada kedudukan ke-6 hingga ke-10. Hadiah wang tunai sebanyak RM500 akan diberikan kepada pelumba tangga ke-11 hingga ke-20. Tambahan sebanyak RM450 dan RM200 akan diberikan kepada juara dan juga pemenang tempat kedua dalam kedua-dua perlumbaan berasingan.
Tiga pemenang terbaik akan dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pusingan kelayakan GR GT Cup Asia yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pacific (TMAP). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan acara ini, anda boleh melayari laman web Toyota Gazoo Racing Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kemasukan Percuma, Acara Bermula 25-26 Jun 2022
Acara Toyota GAZOO Racing Festival dibuka kepada orang ramai.
04-06-2022
38 Pelumba Sertai Gazoo Racing Vios Sprint Cup
Seramai 38 pemandu berentap dalam perlumbaan pertama GAZOO Racing Vios Sprint Cup yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.
19-05-2022
Toyota 86 Tak Cukup Bagus? GR 86 Adalah Penyelesaiannya!
GR 86 telah diperkenalkan kepada orang ramai secara dalam talian semasa acara TOYOTA GAZOO Racing (TGR).
03-05-2021
TGR Malaysia Musim Ke-7 Melabuhkan Tirai – Aksi Akhir yang Mendebarkan
Toyota Gazoo Racing Malaysia (TGR Malaysia) Musim Ke-7 berakhir dengan perlumbaan epik Vios Challenge yang berlangsung hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
10-01-2025
Jom Meriahkan Festival Toyota Gazoo Racing Minggu Ini!
Pusingan kedua untuk Festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia akan berlangsung pada hujung minggu ini
23-06-2022
Toyota Gazoo Racing Musim Ke-5 Pusingan 1: Lebih Sengit Daripada Biasa!
Festival Toyota Gazoo Racing dan Vios Challenge pusingan pertama (19-20 Mac) telah berakhir semalam.
21-03-2022
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge