Toyota Camry Selamat Mendarat Di Malaysia, Harga Boleh Tahan!
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja melancarkan jentera baharunya, Toyota Camry melalui saluran media sosialnya pada pukul 9 malam tadi.

Ia yang sudah boleh ditempah bermula hari ini dijual pada harga RM199,109.50 (termasuk pengecualian cukai jualan sehingga hujung Jun 2022) dan diberikan perlindungan waranti selama lima tahun, tanpa had perbatuan.

Presidenya, Ravindran. K berkata, pihaknya berbangga dengan pelancaran Toyota Camry baharu itu di pasaran Malaysia.
Menurutnya, pihaknya telah mencapai kemajuan besar sejak memperkenalkan Camry pertama di Malaysia pada 1994, yang merupakan model generasi ketiga, diikuti oleh Camry Hybrid sulung yang dipasang di dalam negara ini pada 2015.
Camry generasi kelapan telah dilancarkan di Malaysia pada November 2018 dan sejak itu telah menjual 3,000 unit.
“Dengan penampilan menyerlah dan fungsi optimum, kami yakin Camry 2022 akan menjadi penanda aras piawaian baharu dalam aspek keselesaan, kemewahan dan prestasi, sekali gus memacukan keunggulannya jauh di hadapan,” katanya.

Apa yang pasti prestasi enjinnya, bahagian dalaman yang direka serba mewah termasuk penampilannya yang agak sporty sudah pasti akan menawan hati anda!
Menyentuh mengenai enjinnya, ia dijana dengan enjin dari siri Dynamic Force iaitu unit A25A-FKS empat-silinder 2.5 liter. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan Direct Shift 8-AT.

Apa yang menarik, ia dibina berlandaskan platform “Toyota New Global Architecture” (TNGA), dimana ia menawarkan peningkatan prestasi yang ketara dan kemewahan yang tersendiri.

Membelek beberapa gambar yang dikirim oleh UMWT tadi, saya mendapati model facelift ini diberikan bampar hadapan yang agak menyerlah selain rim aloi 18 inci hadir dengan kemasan dua tona.
Malah, ia juga dilengkapi dengan lampu hadapan bi-LED projektor automatik dengan fungsi follow me home, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus, lampu belakang LED, cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik, pengelap cermin automatik dan dua tip ekzos krom.

Menjengah bahagian dalamannya pula, ia menggabungkan fungsi, gaya dan hasil seni pertukangan yang agak luar biasa.
Papan pemukanya yang dihiasi dengan kayu hitam nyata menyerlahkan lagi kabin dalamannya.
Malah, bagi memastikan pemandu boleh melihat dengan jelas, skrin audio tengah bersaiz sembilan inci pada kedudukan yang agak tinggi.
Kedudukan skrin audio itu dilihat hampir kepada garis pandang pemandu. Ia bertujuan untuk meningkatkan darjah penglihatan dan memudahkan pemandu mencapai fungsi audio.. Ia juga dilengkapi dengan penukar gear pedal.
Dari segi mod pemanduannya, ia terdiri daripada - ECO, Normal dan Sport. Mod ini disediakan supaya pergerakannya berjalan lancar selain pemanduannya menjadi lebih responsif.

Di sebalik semua ini, bagi memastikan keselamatan pemandunya, Toyota Camry 2022 ini menerima sistem bantuan pemanduan keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang dikenali sebagai TSS 2.5+.
Ia juga dilengkapi dengan Sistem Pra-pelanggaran, Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan stereng, serta Lampu Tinggi Automatik masih dikekalkan.
Malah, ia juga hadir dengan beberapa ciri keselamatan lain seperti Isofix, tujuh beg udara, Pemantau Titik Buta dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Mula Mendaki, penderia parkir depan dan belakang serta sistem pemantau tekanan angin tayar.
Camry Baharu ini menawarkan pilihan lima warna: Graphite Metallic, Silver Metallic, Red Mica dan juga dua warna unik tersendirinya, iaitu Platinum White Pearl dan Burning Black, namun dikenakan kos tambahan sebanyak RM800.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web Toyota di toyota.com.my/.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris
UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.
12-04-2025
Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras
Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread.
21-03-2024
Jangan Bimbang, UMW Toyota Jamin Ketelusan
Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi menjamin kepada para pelanggannya bahawa pihaknya cukup komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus.
22-12-2023
Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!
UMWT telah mempamerkan satu daripada enam unit Toyota bZ4X yang dibawa masuk ke Malaysia.
12-05-2023
Toyota Makin Laku, Jangan Risau Jika Nak Tempah Vios
Jualan UMW Toyota meningkat pada bulan lalu berbanding bulan sama 2022.
08-05-2023
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
