ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kemahiran pereka bentuk dan kejuruteraan digabungkan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, maka Bugatti menawarkan pakej penyesuaiannya, “Bugatti Sur Mesure” kepada para pelanggannya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa ia diterjemahkan sebagai penyesuaian?

Ini kerana “Bugatti Sur Mesure” dibina berdasarkan sejarah binaan pengeluar kereta selain kesemua bahagian dalamannya dihasilkan dengan buatan tangan serta disulam.

Bermula dari konsep rekaan menerusi pengeluaran kenderaan sehinggalah penyerahan terakhir, pelanggan akan menerima pengalaman sebenar di Molsheim.

Pengarah Urusan Jualan dan Pemasaran Bugatti, Hendrik Malinowski, berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan pelanggan sejak sekian lama bagi  menghasilkan kereta sport hiper yang terbaik.

“Ia sentiasa melalui proses penyesuaian tetapi apabila bilangan pelanggan  semakin meningkat, mereka  meminta pakej penyesuaian yang terperinci.

“Maka, pelancaran 'Bugatti Sur Mesure' akan memastikan ia dapat memenuhi keinginan mereka dengan tahap perincian yang sempurna yang diperlukan daripada Bugatti,” katanya.

Sebagai permulaan, apabila mereka cipta sebuah Bugatti, bilangan warna luaran dan kemasan material kulit menjadi tidak terhad.

Oleh itu, bagi mereka mahukan penyesuaian yang lebih ketara atau mencipta hasil karya  automotif peribadi yang benar-benar unik, maka “Bugatti Sur Mesure' boleh digunakan dengan sebaik mungkin.

Bagi membuktikan dakwaannya,  Bugatti telah mempamerkan keupayaannya untuk memperibadikan kereta sport hipernya ke tahap yang  sangat hebat.

Misalnya menetapkan piawaian baharu pada 2013 untuk siri Veyron ‘Les Légendes de Bugatti’ yang menyaksikan enam edisi model eksklusif.

Paling penting, setiap satu diperibadikan dengan kemasan luaran dan dalaman yang unik sekali gus mencipta sebuah jentera yang luar biasa.

Kemudian, tahun 2019, ia menyaksikan ketibaan Bugatti Chiron ‘Zebra 1 of 1’,  yang merupakan jentera khas untuk pelanggan di Qatar. 

Ia menampilkan tema warna Titanic Blue dan Gunpowder Grey yang dilukis dengan tangan oleh ahli seni yang berbakat.

Kerja-kerja itu mengambil masa  selama lebih daripada tiga minggu.

Tahun 2021 pula menyaksikan Divo  'Ladybug' yang melambangkan sejauh mana Bugatti dapat menyesuaikan kereta sport hipernya.

Kerangka badan Divo pula menghiasi corak pudar algoritma dinamik geometri yang sangat kompleks. 

Kerja-kerja lukisan digital itu pula dikatakan mengambil masa selama 18 bulan.

Secara jelas, pencapaian khusus ini menggambarkan bagaimana Bugatti terus melangkaui sempadan dalam menjadikan visi pelanggan menjadi kenyataan.

Bercakap tentang visi yang menjadi kenyataan, ciptaan rasmi pertama 'Sur Mesure' itu merupakan sumber  inspirasi daripada  Bugatti Grand Prix.

Oleh itu, 'Bugatti Sur Mesure' memperkenalkan projek pelanggan pertamanya, Chiron Pur Sport yang diilhamkan oleh pemandu kereta lumba terkenal, Louis Chiron.

Menariknya, perintis pelumba pertama yang memandu kereta lumba prototaip Bugatti dikatakan kagum melihat keberanian dan bakatnya ketika beraksi di medan perlumbaan.

Antaranya seperti Louis Chiron yang mencipta banyak kemenangan dengan menggunakan Bugatti.

Beliau mencipta kemenangan epiknya sekitar tahun 1931 di Grand Prix Perancis, termasuk pelumba kereta dari Itali, Achille Varzi,  yang turut mencipta kemenangan dengan menggunakan  Bugatti Type 51 yang ditulis dengan nombor '32'.

Seterusnya, dua warna luaran baharu dicipta untuk memberi penghormatan kepada perlumbaan Bugatti  Grand Prix legenda sekitar tahun 20-an dan 30-an.

Nombor ini dicat dengan menggunakan tangan dan kini Pur Sport hanya satu-satunya yang dihasilkan dengan buatan khas.

Seterusnya, dua warna luaran baharu dicipta untuk memberi penghormatan kepada perlumbaan Bugatti  Grand Prix legenda sekitar tahun 20-an dan 30-an.


Selain itu, pasukan 'Bugatti Sur Mesure' juga membangunkan corak baharu EB yang dihasilkan dengan menggunakan tangan.

Corak tersebut dikatakan lengkap dengan pelbagai jahitan bermotif EB  di bahagian panel pintu dimana kedua-duanya memerlukan teknik dan proses baharu yang dibangunkan oleh pasukan Bugatti Sur Mesure.

Selain itu, motif '32' dan 'Grand Prix' diteruskan di seluruh kabin, termasuk di bahagian konsol tengah khas dalam aluminium anodis hitam, dengan tulisan perak yang dilukis tangan. 


Bagi menyempurnakan susun aturnya, motif  itu turut menghiasi bahagian kepintu, perehat kepala dan lampu.

Terdapat juga penjenamaan halus yang membezakan model itu sebagai produk program yang jarang ditemui dan unik. 

Pelanggan kami sering sangat tertarik dengan warisan sukan permotoran Bugatti, dan 'Sur Mesure' harus diberi penghormatan kepada salah satu ikon perlumbaan hebat kami. 

“Kami sangat berpuas hati dengan penciptaan ini sehingga kami berhasrat untuk menyediakan lebih banyak idea kepada lebih ramai pelanggan kami menerusi Chiron Pur Sport,” kata Malinowski.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

21-01-2022
Berita Auto

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.

03-11-2021
Berita Auto

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.

01-11-2021
Berita Auto

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.

22-10-2021
Berita Auto

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

08-09-2021
Berita Auto

Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!

Bugatti buat julung kalinya melancarkan jam tangan pintar.

30-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.