Scuderia Ferrari Bakal Menggunakan Kereta F1 Terbaharu, F1-75 Dalam F1 2022!

Scuderia Ferrari perkenalkan pesaing baharu untuk Kejohanan Dunia Formula 1 2022, F1-75
Dipertontonkan secara dalam talian di Gestione Sportiva, Maranello, kereta ini ialah kereta ke-68 yang dibangunkan syarikat untuk menjadi pesaing dalam perlumbaan motor kategori 'blue riband.
Pengarah Urusan dan Ketua Pasukan Scuderia Ferrari, Mattia Binotto berkata, "F1-75 merupakan ekspresi bakat, komitmen dan semangat setiap seorang daripada kami. Ia merupakan hasil kerja akhir sebuah pasukan yang menjalankan tugasan dengan semangat dan pendekatan baharu, mencuba sebaik mungkin dari segi inovasi untuk setiap komponen, perincian dan penyelesaian. Saya berbangga dengan kerja-kerja yang telah dilakukan untuk menghasilkan F1-75. Saya ingin F1-75 untuk menjadi kereta yang membolehkan peminat kami sekali lagi berbangga dengan Ferrari. Matlamat kami adalah untuk menghidupkan kembali legenda Prancing Horse (logo Ferrari) dan kami hanya boleh melakukannya dengan menang sekali lagi. Ini memerlukan sebuah kereta yang laju dan juga dua orang pemandu yang hebat, dan kami ada kedua-duanya."

Tugasan memandu jatuh kepada pasangan yang ditemui buat pertama kalinya tahun lalu iaitu Monegasque Charles Leclerc dan Spaniard Carlos Sainz.
Scuderia Ferrari turut mendapatkan khidmat Antonio Giovinazzi dan Mick Schumacher sebagai pemandu simpanan.
Robert Shwartzman memegang peranan sebagai pemandu ujian dan dijadualkan akan mengambil bahagian dalam sesi latihan bebas pada dua hari Jumaat sepanjang musim ini.

"Pasukan kami sedang bersiap sedia untuk musim yang terpanjang dan mungkin juga untuk musim yang paling mengejutkan sepanjang dekad ini. Peraturan berbeza, kereta berbeza, 23 perlumbaan. Musim akan datang mungkin menyimpan beberapa kejutan. Dalam perlumbaan pertama di Bahrain, terdapat sedikit perbezaan dari segi prestasi antara pasukan, namun kemudian sepanjang tahun ini kami dapat menyaksikan beberapa pasukan dan pemandu menunjukkan kemajuan. Nasib menyebelahi kami, kami memiliki bakat dan juga dedikasi daripada Charles dan Carlos yang telah bekerja keras di sepanjang musim sejuk dengan jurutera untuk membangunkan kereta ke arah yang sepatutnya," kata Pengarah Perlumbaan dan Ketua Litar Scuderia Ferrari, Laurent Mekies.
Dari segi rekaan, F1-75 dicat dengan warna merah baharu yang dibangunkan oleh Ferrari Style Centre. Monikernya menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan syarikat bagi tahun ini.
Sambutan ulang tahun ini terserlah melalui logonya, selain dilengkapi bendera Itali, ciri-ciri yang telah lama menjadi sebahagian F1 Ferrari.

"Faktor utama yang pertama sekali membezakan kereta ini dengan yang terdahulu adalah dari segi pengurusan masanya. Kami membenarkan lebih banyak masa daripada biasa bagi fasa rekaan, mengkaji dengan mendalam setiap perubahan peraturan supaya dapat 'memerah' semua prestasi, meneroka sejumlah penyelesaian yang besar melalui kajian, simulasi dan ujian meja. The second key factor is the involvement and empowerment of each individual designer, so that everyone feels the excitement and uniqueness of the challenge posed by these massive changes. Faktor utama yang ketiga ialah integrasi dan dialog antara kumpulan berbeza, satu pasukan bekerja dengan prestasi, yang lain dengan rekaan, seterusnya produksi, pemerolehan, kawalan kualiti, pemasangan, ujian meja, perancangan, pengurusan litar dan juga pemandu sendiri, termasu maklum balas mereka," ujar Ketua Kejuruteraan Projek Casis, Fabio Montecchi.
Rupa baharu F1-75 adalah hasil daripada interpretasi jurutera Maranello berdasarkan peraturan teknikal terbaharu yang dikuatkuasakan mulai tahun ini.
Bahagian yang menonjol ialah elemen 'hidung' bawah dan juga bodywork kereta, di mana penjagaan yang baik telah diberikan dalam pembungkusan PU dan bahagian sampingan lain untuk mendapatkan prestasi aerodinamik yang terbaik.

"Tidak dinafikan, perubahan peraturan pada tahun 2022 merupakan yang paling radikal dalam tempoh 40 tahun ini. Selaras dengan pembangunan kereta, kami telah menambah baik peralatan simulasi, untuk membawa cahaya ke sudut gelap yang wujud pada masa lalu. Aerodinamik sememangnya keutamaan kami. Kami mendekatinya dengan minda yang terbuka. Pemikiran yang terbuka ini turut diaplikasikan pada peringkat pembangunan suspensi," ujar Ketua Casis Scuderia Ferrari, Enrico Cardile.
Dari segi prestasi, F1-75 menggunakan enjin 1.6L (1600 cc), 4 injap satu silinder, pengecas turbo tunggal, unit kuasa V6 yang dilengkapi penyuntik langsung 90 darjah dengan rev maksimum 15,000 rpm.

Konfigurasi sistem pemulihan tenaga hibridnya dengan penjana motor elektrik digabungkan dengan pek bateri lithium-ion 20 kg.
Secara keseluruhannya, Unit Penjana Motor - Kinetik (MGU-K) memiliki kuasa maksimum 120 kW (163 cv) dengan rev maksimum 50,000 rpm, manakala Unit Penjana Motor - Haba (MGU-H) pula 125,000 rpm.
Dari segi badannya, casis kereta dihasilkan daripada bahan komposit sarang lebah gentian karbon dengan pelindung Halo di atas kokpit.

Keseluruhan badan kereta termasuklah tempat duduk dihasilkan daripada gentian karbon. Berat keseluruhan kereta termasuk air, pelincir dan pemandu adalah 795 kg.
Ketua Unit Kuasa Scuderia Ferrari, Enrico Gualtieri berkata, "Semua komponen telah dinilai semula, sesetengahnya telah dioptimumkan, sementara yang lain adalah inovatif. Kami bermula dari konsep utama iaitu untuk mencari kecekapan tertinggi dalam proses transformasi tenaga, daripada bahan kimia pembakaran kepada mekanikal, hingga aci engkol. Segalanya telah direka dengan matlamat ini di fikiran. Bekerja dengan cara yang sama praktikal, kami juga menentukan susun atur unit kuasa yang paling sesuai mengikut keperluan rakan sekerja kami di bahagian casis berdarkan peraturan teknikal baharu."

Scuderia Ferrari telah pun menyelesaikan tiga hari pertama ujian pra-musim di litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol.
Dalam ujian ini, F1-75 telah melengkapkan sejumlah 439 pusingan (2,052 km), terbanyak berbanding kereta lain di litar. Sepanjang ujian tersebut, kereta dipandu oleh Charles Leclerc dan Carlos Sainz.
Charles menggunakan tayar kompaun C2 dan C3 sepanjang tiga hari tersebut dengan tujuan untuk menilai kualiti pengendalian kereta dengan konfigurasi berbeza-beza.

Malangnya, pada pagi hari terakhir, kereta terhenti tidak kurang daripada lima kali semasa berada di litar selama empat jam.
Monegasque telah menyelesaikan sebanyak 44 pusingan atau bersamaan dengan 206 km sepanjang tiga hari ini, manakala Leclerc telah melakukan sebanyak 203 pusingan atau 949 km.
Pada waktu tengahari hari terakhir, Carlos mengambil alih. Carlos membawa kereta dengan menggunakan tayar pertengahan di atas litar yang telah dibasahkan.

Selepas litar dikeringkan, beliau menukarkan tayar kepada tayar kering C2, C3 dan C4. Beliau melakukan 92 pusingan (430 km) yang membawa kepada 236 pusingan (1103 km) secara keseluruhannya untuk ketiga-tiga hari
Perhentian seterusnya ialah Bahrain. Di sini, Scuderia dikembalikan kepada Maranello untuk menilai sejumlah data besar yang telah diperoleh.
Pasukan telah melakukan perubahan yang diperlukan untuk mempersiapkan diri dengan ujian yang kedua dan juga yang terakhir untuk pra-musim di litar Sakhir, dari 10-12 Mac.
![]()
Mekies menyimpulkan, "Secara keseluruhannya, ini merupakan sesi ujian yang mantap kerana kami telah menyelesaikan banyak pusingan. Kami telah berjaya melalui kebanyakan program kami, yang berdasarkan kepada tiga elemen utama, pertama adalah untuk mendapatkan bacaan awal kebolehpercayaan (reliability), oleh sebab itulah, fokus utama kami adalah pada bilangan pusingan yang diselesaikan, kedua adalah untuk memperincikan beberapa parameter kereta kami, daripada prestasi aero, tayar, hinggalah kepada prestasi dinamik kenderaan.
Akhir sekali, penting untuk memberi pemandu kami pusingan yang secukupnya untuk membiasakan mereka dengan kereta baharu ini. Ia memerlukan gaya pemanduan dan juga pendekatan yang berbeza bergantung kepada pelbagai keadaan perlumbaan. Ia juga baik bagi pasukan pelumba untuk kembali semula ke litar. Untuk mereka, ini adalah aktiviti pemanasan yang berguna bagi membiasakan diri dengan prosedur seperti tempat berhenti (pit stop), untuk semua kembali bekerja sekali lagi dan berinteraksi dengan pemandu. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang berada di kilang, yang telah bekerja keras sejak beberapa bulan ini untuk memastikan kami tiba di litar lumba dalam keadaan penuh bersedia."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isu Ferrari vs Aruz: Pemuda UMNO Sedia Bantu Peguam Percuma, Dr. Akmal Cari Pemandu Aruz
"Kepada abang pemandu Aruz ataupun siapa yang kenal dia, tolong kontak saya. Saya nak tuntutkan keadilan untuk abang pemandu Aruz, - Ketua Pemuda UMNO.
10-08-2026
Gara-Gara Tak Puas Hati, 2 Pemandu "Bertinju" Di Tengah Lebuhraya
Lagi pemandu gaduh di lebuhraya.
09-08-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta
Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.
29-10-2025
Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas
Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.
10-10-2025
VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan
Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.
25-09-2025
OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans
JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.
11-08-2025
Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas
Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.
01-07-2025
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge