Litar Sepang Bakal Digegarkan Dengan Deruman Petronas Grand Prix of Malaysia 2022!

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini kembali dengan sukan permotoran MotoGP selepas dua tahun deruman enjin motor tidak didengari di litar ini ekoran pandemik. Bakal berlangsung dari 21 Oktober hingga 23 Oktober 2022 nanti ialah Petronas Grand Prix of Malaysia 2022.

Perlumbaan antarabangsa edisi ke-23 ini telah dilancarkan secara rasmi di Dewan Filharmonik Menara Berkembar Petronas, KLCC oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu.

Turut menyempurnakan majlis ialah Ketua Pegawai Operasi SIC, Azhan Shafriman Hanif dan juga Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azhan Shafriman Hanif berkata, tahun ini kali pertama Petronas menjadi penaja utama GP Malaysia dan sudah bersiap sedia menyambut peminat sukan pemotoran tempatan dan antarabangsa ke Litar Sepang.

“Kita akan memastikan kualiti GP Malaysia kali ini berada pada tahap tinggi dan kami juga optimis berdasarkan persiapan rapi yang telah dilakukan sejak awal tahun ini, mampu menarik lebih 170,000 penonton ke Litar Sepang pada hari perlumbaan bermula 21 Oktober nanti.
Bagi perlumbaan kali ini, pelumba muda, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok yang berusia 21 tahun akan beraksi atas tiket wild card dalam kelas Moto3 menggunakan Honda NSF250RW.

“Dengan keadaan tiada pelumba Malaysia yang bersaing sepenuhnya musim ini, saya percaya penyertaan Damok akan mendapat sokongan peminat,” katanya dalam sidang media pelancaran tersebut.
Tarikan acara perlumbaan kali ini tidak terhenti di situ kerana banyak lagi aktiviti menarik lain di luar dan di atas litar yang disediakan untuk orang ramai. Antaranya ialah Night Track Tour, Public Pitlane Walk, Riders Autograph Session dan pertandingan memasak dengan pelumba-pelumba MotoGP yang akan diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada hari Rabu, dalam minggu perlumbaan.
Pertandingan cabutan bertuah turut dibuka kepada semua pemegang tiket. Pemenang yang bertuah akan menerima Yamaha NVX ABS dan Yamaha Y15ZR – berjumlah RM22,000.

SIC turut menyatakan bahawa Petronas Grand Prix of Malaysia 2022 kali ini merupakan acara pertama yang digabungkan dengan festival makanan dan budaya tempatan, persembahan muzik, seni dan sebagainya.

Sempena perayaan Hari Merdeka yang akan datang, SIC menjalankan promosi jualan tiket istimewa yang berlangsung sehingga 31 Ogos. Tiket untuk Petronas Grand Prix of Malaysia 2022 boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi SIC, sepangcircuit.com.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat