Toyota GR Corolla Bakal Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
![]()
Khabar baik buat semua peminat kereta JDM, model terbaharu bakal memasuki pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi! Kereta JDM yang dimaksudkan ialah Toyota GR Corolla 2023 yang dihasilkan sepenuhnya di kilang Toyota Aichi, Jepun.
NEGARA PERTAMA DI ASIA TENGGARA YANG MENERIMA TOYOTA GR COROLLA 2023

Model ini bakal membuat penampilan pertamanya di rantau ini di negara Thailand bersempena dengan ulang tahun ke-60 Toyota Thailand.


Tarikh pelancarannya yang sebenar masih belum ditetapkan namun Autoindustriya melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar ia akan diadakan semasa 2022 Thailand International Motor Expo. Ketika acara itu nanti, Presiden Toyota, Akio Toyoda dikhabarkan akan turut hadir untuk majlis pelancaran selain meraikan pencapaian Toyota Thailand sempena sambutan ulang tahun penubuhan syarikat di negara tersebut.


Dengan kedatangan model ini, GR Corolla ini akan menjadi model GR yang keempat dalam pasaran Thailand selain GR Supra, GR Yaris dan GR 86 yang telah dikeluarkan sebelum ini.

GR Yaris
Harga jualan dan varian yang ditawarkan masih belum disahkan lagi, namun ia mungkin didatangkan dalam tiga variasi sepertimana yang terdapat di pasaran Amerika Syarikat.
KUASA & PRESTASI TOYOTA GR COROLLA 2023

GR Corolla dikuasakan oleh enjin yang sama seperti pada GR Yaris iaitu G16E-GTS 1.6L berpengecas turbo yang diberikan talaan kuasa lebih baik dengan output maksimum 300 hp/370 Nm.

Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (sistem pacuan semua roda GR-FOUR) yang memberikan pelbagai pilihan pemisahan kuasa tork kepada pemandu.
REKAAN TOYOTA GR COROLLA 2023

GR Corolla dihasilkan berdasarkan hatchback Corolla dengan konfigurasi lima pintu – lebih besar dan praktikal berbanding model tiga pintu, GR Yaris. GR diberikan pelekat struktur dan kimpalan tambahan untuk meningkatkan kekukuhan dan kestabilannya berbanding model standard.
TOYOTA GR COROLLA 2023 DI AMERIKA SYARIKAT



Untuk pasaran AS, tiga varian ditawarkan iaitu Core pada harga AS$35,900 (RM161,550), Circuit Edition pada harga AS$42,900 (RM193,050) dan Circuit Edition pada harga AS$42,900 (RM193,050). Varian tertinggi yang dihasilkan dalam kuantiti terhad, Morizo Edition pula dijual pada harga AS$49,900 (RM224,550).
TOYOTA GR COROLLA 2023 DI MALAYSIA
Negara Malaysia memiliki hubungan yang baik dengan pengeluar kereta JDM buat bertahun lamanya, dan juga merupakan satu-satunya pasaran antarabangsa yang menerima Honda Civic Type-R FD2R beberapa tahun lalu. Sebelum ini, GR Yaris turut dilancarkan di Malaysia dalam bilangan terhad (200 unit) melalui UMW Toyota Motor.

Berdasarkan reputasi ini, tidak mustahil sekiranya GR Corolla akan dibawa masuk ke dalam pasaran negara kita. Mengenai harganya, jika dibandingkan dengan GR Yaris yang dilancarkan pada harga RM299,000 OTR, model ini berkemungkinan dijual pada harga sama atau lebih tinggi. Tertarik? Dah boleh menabung daripada sekaranglah kot!
Apa pendapat anda tentang GR Corolla? Kongsikan di ruangan komen di bawah.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Tiada Lagi Toyota GR Selepas Ini? Ini Kata Ketua Jurutera Toyota GR86...
Baca: GR Corolla Morizo Edition, Kerusi Belakang Dibuang!
Baca: Toyota Innova 7 Tempat Duduk Bakal Dilancar Di Indonesia, Dibina Berdasarkan TNGA Baharu
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


