Seong Hoe Premium Motors Baru Sahaja Dinaiktaraf

BMW Group Malaysia meraikan pembukaan rasmi bilik pameran Seong Hoe Premium Motors dimana beberapa kemudahan di pusat itu telah dinaik taraf baru-baru ini.
Wakil pengedar BMW bertauliah yang paling lama memberi khidmat di Melaka sejak tahun 1979, akhirnya menerima beberapa penambahbaikan.


Ini bermakna, ia kini mampu memuatkan sejumlah besar kenderaan daripada jenama BMW seperti model-model BMW M, BMW I termasuk kereta MINI.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, permintaan ke atas kenderaan premium dilihat semakin meningkat.
“Bagaimanapun, perkembangan positif ini sudah dijangka dimana ia mendorong untuk menaik taraf pusat pengedaran kami.
“Ia berfungsi untuk memastikan para pelanggan dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang sebenar. Kami amat berbesar hati kerana Seong Hoe Premium Motors juga turut berkongsi sentimen ini,”katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berharap supaya wakil pengedar itu terus membekalkan standard perkhidmatan bertaraf dunia buat para pelanggan di Melaka.
“Kami yakin bahawa bilik pameran yang diperbaharui ini juga akan diterjemahkan kepada pengalaman yang lebih unggul,” tambahnya.

Untuk makluman, pusat pengedaran yang serba baharu ini dibina di atas keluasan7,100 kaki persegi, dimana ia mampu mempamerkan 10 kenderaan BMW dan tiga kenderaan MINI pada masa yang sama.
Malah, ruang ini juga didatangkan dengan bilik pameran MINI yang eksklusif di aras mezanin.
Sementara itu, bagi para pelanggan yang berminat dan ingin melihat kenderaan BMW Premium Selection yang disediakan oleh Seong Hoe Premium Motors, anda boleh mengunjungi fasiliti baharu ini yang terletak berhampiran pusat pengedaran tersebut.

Dalam pada itu, Seong Hoe Premium Motors akan membekalkan pelbagai perkhidmatan seperti Servis BMW gaya hidup BMW, alat ganti tulen, aksesori, perkhidmatan kewangan dan insurans BMW, servis segera, perkhidmatan ambil dan hantar dan bantuan tepi jalan.
Selain itu, penawaran Servis, gaya hidup dan aksesori bagi jenama MINI turut disediakan.

Pusat pengedaran ini juga menampilkan fasiliti penyerahan kereta, Isetta Bar, ruang RATC (resepsi di kereta) dan sebuah stesen pengecasan AC/DC BMW, selain akses internet percuma.


Seong Hoe Premium Motors Sdn Bhd yang terletak di Lot 2020, Jalan Semabok, Taman Sinn Semabok, 75050 Melaka dibuka dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang setiap hari dari Isnin hingga Sabtu dan dari jam 10 pagi hingga 3 petang pada hari Ahad serta cuti umum.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.bmw-seonghoe.com.my/.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge