Volvo Dedahkan Bentuk Lampu Hadapan & Perehat Kepala EX90
![]()
Hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum pelancaran Volvo EX90 diadakan. Sementara saat yang dinanti-nantikan ramai tiba, Volvo mendedahkan lebih imej acah untuk menyuntik perasaan ingin tahu semua peminat Volvo tentang rekaan yang bakal ditampilkan.
Imej acah itu didedahkan di Twitter Volvo Car UK. Dua imej dikongsikan yang memaparkan lampu hadapan dan juga perehat kepala kereta secara samar-samar di sebalik efek gambar yang dikaburkan.
Pada ruangan kapsyen perkongsian tersebut tertulis "Hampir 100 tahun keselamatan, tidak lama lagi akan didedahkan dalam bentuk terkini."
APA YANG KITA SUDAH TAHU TENTANG VOLVO EX90
Minggu lalu, Volvo telah mendedahkan imej acah bahagian luar EX90 yang menunjukkan pandangan hadapan dan belakang kereta. Daripada imej tersebut, terserlah lampu hadapan ikonik Volvo yang berbentuk seperti tukul Thor. Begitu juga dengan sudut belakang, kita hanya dapat melihat bentuk lampu belakang dengan jelas dalam imej kabur.


Model terbaharu daripada Volvo ini menggunakan platform SPA2 termaju sama seperti yang terdapat pada SUV EV Polestar 3. Selain itu, EX90 turut dilengkapkan dengan pelbagai teknologi canggih dengan penekanan kepada ciri keselamatan. Ini dapat dilihat melalui penggunaan 16 sensor ultrasonik, lapan buah kamera dan lima radar luaran yang berfungsi bersama-sama dengan sistem LiDAR yang terpasang pada bumbung SUV ini.
Ketahui lebih lanjut mengenai ciri keselamatan Volvo EX90 di sini: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!
PELANCARAN VOLVO EX90
Seperti yang dikatakan di awal artikel, Volvo EX90 akan dilancarkan secara rasmi pada 9 November, 2022 dalam satu acara istimewa di Stockholm, Sweden. Perasmian ini turut akan ditayangkan secara dalam talian.
Nantikan perkembangan terkini Volvo EX90 yang akan kami kongsikan dari masa ke masa. Jangan lupa untuk like dan follow Facebook kami untuk mendapatkan update terkini!
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Reka Bentuk & Teknologi Pada Papan Pemuka Volvo EX90 Didedahkan, Lebih Mesra Pemandu
Baca: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9466
SELANGOR
BSR5731
JOHOR
JA2159J
PULAU PINANG
PSD7430
PERAK
APJ7985
PAHANG
CFH1518
KEDAH
KGH602
NEGERI SEMBILAN
NEK9063
KOTA KINABALU
SJT670
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000
Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:
02-03-2026
Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!
Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih
Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026
24-09-2025
Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...
Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.
07-07-2025
Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60
Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.
26-06-2025
Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya
Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.
22-04-2025
Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti
Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.
21-02-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
