DILANCAR! Audi RS3 Sedan - 400 PS Harga Bermula RM647K

Pengedar Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) secara rasminya melancarkan Audi RS3 Sedan.
Ia ditawarkan pada harga bermula RM646, 990 hingga RM655,990 termasuk duti, cukai jualan dan Pakej Jaminan Audi.
PHSAM berkata, bagaimanapun, pembelian kereta itu dikecualikan cukai di Langkawi dan Labuan dimana model itu dijual pada harga RM315, 343 tanpa Pakej Jaminan Audi.
“Audi RS3 sedan menawarkan prestasi yang unggul selain digabungkan dengan ciri-ciri mewah yang memuaskan hati.
“Dengan reka bentuk ekspresif, enjin pengecas turbo serta suspensi sport yang ditambah dengan sistem pacuan semua roda quattro, ia adalah sebuah kereta yang cukup sempurna,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Untuk pengetahuan anda, jentera ini disumbat dengani enjin 2.5 liter lima silinder turbo dengan sistem pacuan semua roda dimana ia mampu menghasilkan kuasa lebih besar iaitu 400 PS dan tork maksima 500 Nm.
Ini membuatkan ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 3.8 saat.
Dikhabarkan enjin ini pernah memenangi “Enjin Antarabangsa Tahun Ini” kira-kira sembilan kali secara berturut-turut.

Dengan adanya transmisi S tronic 7-kelajuan ia turut menggabungkan kecekapan dan transmisi manual konvensional.

Luar/Dalam:
Menjengah bahagian luarannya, ia dihiasi dengan lampu hadapan Matrix LED dengan latar belakang gelap selain lampu nyalaan siang digital LED serta corak nyalaan unik.
Tidak ketinggalan, lampu dinamik/coming home/leaving home selain dilengkapi dengan cakera brek seramik dan rim aloi 19-inci.


Melihat kepada bampar hadapan dan belakang, ia nyata kelihatan agak lebih agresif serta terdapat juga sistem ekzos RS.
Bagi kabinnya pula, ia bertemakan warna hitam, merah atau hijau manakala kesemua tempat duduk jenis sports dibaluti dengan material kulit Nappa dengan corak sulaman sarang lebah RS.



Roda stereng RS pula, rata di bawah dan terdapat paparan instrumen digital Virtual Cockpit dengan skrin 12.3-inci.


Audi RS Sedan pasaran Malaysia ini datangkan dengan pilihan warna iaitu: Kyalami Green, Kemora Grey, Glacier White, Mythos Black, Python Yellow dan Daytona Gray.

Bagi yang berminat, anda sudah boleh menempahnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4451
SELANGOR
BSR6550
JOHOR
JA4193J
PULAU PINANG
PSD8530
PERAK
APJ9073
PAHANG
CFH1849
KEDAH
KGH1351
NEGERI SEMBILAN
NEK9496
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat