Luaran EV MINI Cooper S Generasi Akan Datang Didedahkan

Selepas dikesan semasa sesi penggambaran di Amerika, beberapa foto bahagian luaran MINI versi elektrik terbaharu itu telah didedahkan untuk tatapan umum.
Dalam artikel sebelum ini, kami pernah kongsikan bagaimana hatchback MINI kali ini masih mengekalkan bentuk badan dan pelbagai ciri ikonik MINI.

Namun begitu, terdapat beberapa perubahan ketara seperti penggunaan lampu belakang berbentuk segi tiga. Selain itu, tiada lagi lingkungan roda (wheel arch) berwarna hitam di sekeliling tayar supaya rekaan kereta kelihatan lebih ringkas dan tidak terlalu padat.
MINI varian yang dikuasakan oleh elektrik (EV) ini dilaporkan akan menggunakan platform berbeza daripada versi dengan enjin pembakaran dalaman.

Bukan hanya berbeza dari segi teknologi janaan kuasanya, tetapi ciri ‘EV’ turut diserlahkan pada rekaan luaran kereta, yang mana, tiada lagi penggunaan gril biasa pada sudut hadapan kereta, membuatkan kereta kelihatan agak futuristik.
Elemen EV khas yang lain ialah penggunaan logo huruf S yang berwarna kuning pada bahagian hadapan, ketiadaan ekzos, dan penggunaan rim aloi dalam rekaan yang menyerlah.
MINI Cooper S versi elektrik ini dikatakan akan memiliki output yang sama seperti MINI Electric yang kini berada di pasaran iaitu 181 hp dengan kuasa pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.0 saat.

Motor EV ini dikuasakan oleh pek bateri 40 kWh dengan kemampuan untuk mencapai jarak perjalanan sejauh 386 km. Varian lebih tinggi, MINI Cooper SE pula dilengkapi bateri 54 kWh yang boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 483 km.
MINI generasi akan datang ini bakal diperlihatkan pada bulan Mei 2024 sebelum diikuti dengan versi petrol. Berbeza daripada versi elektrik, MINI dengan enjin pembakaran dibina berdasarkan platfrorm yang sama seperti sebelum ini dengan beberapa penambahbaikan.
Sumber: Autocar UK
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
MINI Cooper S 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Capai 201 HP, Dari RM280K
Model tiga pintu MINI kali ini ditawarkan dalam versi petrol Cooper S. Ini spesifikasinya...
21-05-2024
Imej MINI Cooper JCW E Bocor! Apa Yang Berbeza?
Beberapa imej rasmi hatchback elektrik MINI Cooper versi prestasi yang kini sedang dibangunkan telah didedahkan oleh MIIT China.
17-09-2024
Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI
Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik pada bulan ini.
01-07-2024
MINI Electric Resolute Edition 2022 Kini Di Malaysia, Harga Dari RM198K
MINI Malaysia telah memperkenalkan varian baharu, Cooper SE atau MINI Electric dalam edisi istimewa, Resolute Edition.
14-09-2022
Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000
MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.
08-10-2024
Imej MINI Cooper JCW E Bocor! Apa Yang Berbeza?
Beberapa imej rasmi hatchback elektrik MINI Cooper versi prestasi yang kini sedang dibangunkan telah didedahkan oleh MIIT China.
17-09-2024
MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888
MINI Malaysia hari ini telah melancarkan MINI Cooper SE. Ini spesifikasinya...
12-07-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge