Perhatian: Audi Tawar Pakej Jaminan Standard Tetapi Hanya Untuk Model Ini..

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengumumkan penambahan Pakej Jaminan Audi (Audi Assurance Package (AAP)) yang ditawarkan untuk model A3 Sedan S Line dan Q2 S.
Harga runcit cadangan untuk A3 Sedan adalah RM325,990 seunit, manakala Q2 S Line pula ditawarkan pada harga RM275,990.
Harga ini telah dikuatkuasa sejak 1 April lalu.
Untuk makluman, pakej ini menawarkan pembeli dengan pilihan penyelenggaraan selama 3 tahun, merangkumi servis yang dijalankan sepanjang penyelenggaraan berkala mengikut garis panduan pengeluar.
Sementara jaminan pengilang pula dilanjutkan dari 2 kepada 5 tahun. Pakej yang ditambah baik ini merupakan bukti usaha berterusan Audi dalam menyediakan pengalaman pemilikan dan servis yang lebih baik kepada pelanggannya.
Penyelenggaraan berkala, pemeriksaan oleh juruteknik terlatih dan pembaikan menggunakan alat ganti tulen akan membantu kenderaan beroperasi dengan lancar, sekaligus memberi kemudahan kepada pemilik.
AUDI A3 SEDAN
Mengenai Audi A3 sedan, ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TFSI dimana ia mampu menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm.
Dengan reka bentuk yang lebih maskular, A3 Sedan memberikan penampilan serba baharu.
Menjengah bahagian hadapannya, ia didominasi oleh Singleframe besar dengan gril sarang lebah yang disempurnakan lagi bersama lampu utama.
Ia juga hadir dengan ruang kabin yang menarik, lebih luas berbanding sebelumnya dan bahagian dalaman menggabungkan aspek kemewahan dengan teknologi terkini.
Malah, ia juga dilengkapi dengan kokpit maya Audi, paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10.1 indi dan perkhidmatan Audi connect plus hadir sebagai standard.
AUDI Q2
-full_normal.jpg)
Sementara itu, Audi Q2 pula disumbat dengan enjin 1.4-litre TFSI.
Maka, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga kuasa 150PS dan tork 250Nm daripada enjin berkenaan.
Untuk makluman anda, ia merupakan crossover mewah subkompak yang terkenal dengan reka bentuk bergaya dan terdapat pelbagai teknologi canggih.
Jentera ini juga menawarkan pemanduan dinamik yang cukup mengagumkan manakala nisbah stereng boleh ubah dan bantuan stereng pula bergantung kepada kelajuan.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.audi.com.my atau hubungi Audi Centre berhampiran.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG6213
SELANGOR
BSR7046
JOHOR
JA4988J
PULAU PINANG
PSD9306
PERAK
APJ9542
PAHANG
CFH2047
KEDAH
KGH1709
NEGERI SEMBILAN
NEK9641
KOTA KINABALU
SJT1521
KUCHING
QAB2241P
Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990
Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance.
08-05-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi
Pengedar rasmi jenama mewah, Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan senarai harga baharu untuk pelbagai model ICE dan EV.
15-01-2025
Harga Terbaru Audi Q5 Sportback Diumumkan – Kini Hanya Dari RM368,990!
Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia,PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan harga terbaru untuk Audi Q5 Sportback generasi kedua.
21-11-2024
Ini Masanya Untuk Beli Audi, Potongan Harga Besar-Besaran – Kempen ‘Great Savings’
PHSAM telah melancarkan kempen jualan akhir tahun ‘Great Savings’ yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini.
08-10-2024
Audi SQ8 E-Tron, SQ8 Sprotback E-Tron, Ada 3 Motor Elektrik, Harga Lebih RM500K
PHSAM mengumumkan penambahan dua model baharu ke dalam rangkaian kenderaan elektriknya.
17-01-2024
Kempen Untuk Audi e-tron – Murah RM93K, Wallbox Percuma! Tempoh Terhad
PHSAM, pengedar rasmi Audi di Malaysia, baru-baru ini telah mengumumkan kempen menarik terkini.
06-11-2023
Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Import Terpakai
PHSAM menawarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) untuk pemilik kenderaan import terpakai (parallel import) Audi.
28-07-2023
Berita Terkini
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat