PHSAM & Moon Power Bekerjasama Sedia Pengecas EV Audi e-tron Baharu

Pembekal penyelesaian pengecas EV yang dimiliki oleh Porsche, Moon Power, tiba di Malaysia!
Berita baik untuk peminat EV Malaysia! Pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), telah menjalin kerjasama dengan pembekal penyelesaian cas EV dari Eropah, Moon Power, untuk menyediakan penyelesaian pengecasan kepada pemilik baru Audi e-tron di Malaysia.
Bagi yang belum pernah mendengar mengenai Moon Power sebelum ini, syarikat Austria ini merupakan subsidiari kepada Porsche Holdings Salzburg (PHS). Kerjasama dengan PHSAM ini menandakan penampilan jenama ini di pasaran luar Eropah buat kali pertama.


Pemilik Audi e-tron boleh membeli pengecas dinding jenis AC daripada Moon Power (gambar kanan) pada bulan September nanti
Diumumkan semasa pelancaran rangkaian Audi e-tron di Malaysia Jumaat lalu, Moon Power memberikan peluang kepada pemilik baru Audi e-tron di Malaysia untuk membeli pengecas dinding mereka. Pengecas dinding Moon Power, yang tersedia dalam varian 11 kW dan 22 kW, akan mula dijual pada bulan September ini, dengan pakej istimewa yang hanya ditawarkan kepada pemilik Audi e-tron.
Selain itu, Moon Power juga akan memasang stesen pengecasan awam di ketiga-tiga Audi Centre sedia ada di Malaysia. Setiap Audi Centre akan dilengkapi dengan tiga pengecas AC 22 kW dan satu pengecas DC 180 kW. Pengecas ini hanya tersedia untuk pemilik Audi e-tron sahaja.

-full.webp)
Pengecas DC 180 kW daripada Moon Power kini boleh didapati di semua Audi Centre di Malaysia
Selain Audi Centre yang sedia ada, kerjasama PHSAM dengan Moon Power juga melibatkan pemasangan stesen pengecasan awam di Audi Centre yang akan datang di Malaysia. Berkaitan perkara ini, Pengarah Perkhidmatan Selepas Jualan dan Rangkaian Perniagaan PHSAM, Deenan Nadar, mengumumkan bahawa syarikat sedang merancang untuk membuka Audi Centre baharu di kawasan selatan Semenanjung Malaysia dengan jangkaan pembukaan di negeri Johor. Audi Centre baru ini akan memenuhi keperluan seluruh rantau selatan Semenanjung Malaysia.

-full.webp)
Pengarah Perkhidmatan Selepas Jualan & Rangkaian Pengedar PHSAM, Deenan Nadar (kiri)
Apabila ditanya mengenai kemungkinan PHSAM menjalin kerjasama dengan pembekal penyelesaian pengecas EV lain bagi menubuhkan rangkaian pengecasan yang komprehensif, Nadar menyatakan bahawa syarikat masih merancang perkara ini bersama rakan kongsi baharu mereka, Moon Power. Buat masa ini, mereka akan bergantung kepada rangkaian pengedar sedia ada sebagai rangkaian pengecasan EV lalai Audi Malaysia.

Pengarah Urusan Baharu PHSAM, Denyu Bostandzhiev (kiri) & Pengarah Urusan semasa Erik Winter (kanan)
Selain daripada pelancaran Audi e-tron baru dan pengumuman kerjasama dengan Moon Power, PHSAM turut mengumumkan Pengarah Urusan baharu bagi syarikat ini. Bermula pada 1 Julai tahun ini, Pengarah Urusan semasa PHSAM, Erik Winter, akan digantikan oleh Denyu Bostandzhiev, yang sebelum ini bertanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Porsche Ukraine LLC.
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990
Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance.
08-05-2025
Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu
PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.
09-04-2025
PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi
Pengedar rasmi jenama mewah, Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan senarai harga baharu untuk pelbagai model ICE dan EV.
15-01-2025
Harga Terbaru Audi Q5 Sportback Diumumkan – Kini Hanya Dari RM368,990!
Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia,PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan harga terbaru untuk Audi Q5 Sportback generasi kedua.
21-11-2024
Ini Masanya Untuk Beli Audi, Potongan Harga Besar-Besaran – Kempen ‘Great Savings’
PHSAM telah melancarkan kempen jualan akhir tahun ‘Great Savings’ yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini.
08-10-2024
Audi SQ8 E-Tron, SQ8 Sprotback E-Tron, Ada 3 Motor Elektrik, Harga Lebih RM500K
PHSAM mengumumkan penambahan dua model baharu ke dalam rangkaian kenderaan elektriknya.
17-01-2024
Kempen Untuk Audi e-tron – Murah RM93K, Wallbox Percuma! Tempoh Terhad
PHSAM, pengedar rasmi Audi di Malaysia, baru-baru ini telah mengumumkan kempen menarik terkini.
06-11-2023
Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Import Terpakai
PHSAM menawarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) untuk pemilik kenderaan import terpakai (parallel import) Audi.
28-07-2023
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

