ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Audi & Import Parallel.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Treat-Your-Audi-1.jpg

Berita baik buat pemilik Audi dan para pemilik kenderaan import parallel. Anda semua dijemput untuk memanfaatkan kempen selepas jualan "Treat Your Audi".

Anda boleh  membawa kereta  ke mana-mana Audi Center bagi membuat Pemeriksaan Kondisi Audi (Audi Condition Check, ACC) sepanjang tempoh kempen ini yang akan berakhir pada 30 September ini.

Pemeriksaan komprehensif itu akan menilai kondisi sesebuah kenderaan bagi memastikan aspek kebolehpercayaan, prestasi dan memberi ketenangan minda kepada pemiliknya. 

Kempen itu menawarkan pelbagai kelebihan dan sokongan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan yang lebih selamat kepada para pemilik Audi.

Untuk makluman anda, kempen Treat Your Audi telah pun bermula dari 1 Julai lalu dan akan berakhir pada 30 September ini.

Jadi bagi mereka yang memiliki Audi pula, mereka boleh melakukan perbelanjaan sebanyak RM800 ke atas Pakej Pembaikan Audi atau langganan Audi Plus.

Sepanjang tempoh itu, 30 pemilik Audi yang terpilih berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Audi pada setiap bulan. 

Mereka akan dipilih berdasarkan kepada perbelanjaan minimum mereka.

Pengedar rasmi bagi kenderaan jenama Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) berkata, sepanjang tempoh ini, pelanggan Pakej Pembaikan Audi akan menikmati potongan harga bermula 30% untuk set brek yang merangkumi cakera brek, brek pad, penyerap hentakan, galas dan tali sawat pemasaan.

“Pemilik tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti tulen akan digunakan jika ada sebarang pembaikan perlu dibuat di Audi Center. 

Treat-Your-Audi-2.jpg

“Dalam usaha menawarkan servis berkualiti, hanya juruteknik terlatih Audi akan membuat diagnostik, servis dan pembaikan menggunakan peralatan diagnostic terkini,”katanya dalam satu kenyataan.

Malah, pelanggan yang memberi bateri baharu Audi akan layak untuk menerima penjimatan sebanyak 20%.

Lebih penting lagi, Audi mencadangkan agar servis dilakukan pada setiap 12 bulan atau 15,000 kilometer untuk memastikan kereta mampu berfungsi sebaiknya.

Untuk keterangan lanjut, layari www.audi.com.my.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-06-2025
Kereta Baru

08-05-2025
Berita Auto

24-04-2025
Kereta Baru

10-04-2025
Kereta Baru

14-03-2025
Kereta Baru

18-02-2025
Kereta Baru

21-11-2024
Berita Auto

07-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.