ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Import Terpakai

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) menawarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) untuk pemilik kenderaan import terpakai (parallel import) Audi.

Pelan itu akan menyokong para pemilik Audi dengan pelbagai manfaat seperti Audi Plus, Pelan Insurans Audi (Audi InsurancePlan), Pakej Pembaikan Audi (Audi Repair Package) dan Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos(Beyond Economic Repair Support).

image.png

Lebih menarik, pelan itu turut menawarkan penggunaan alat ganti tulen, penyelenggaraan, pembaikan dan servis.

Apapun, kenderaan yang dibeli daripada pengimport parallel akan diperiksa dahulu. secara percuma di mana-mana Audi Centre yang layak untuk mengendalikan pelan berkenaan.

image.pngimage.png

Seperti biasa semuanya bergantung kepada keputusan pemeriksaan, para pemilik kemudian boleh mendaftar dengan Pelan Pengiktirafan Audi yang merangkumi perkara-perkara berikut:

Pakej Audi Plus menawarkan penjimatan ke atas servis, pembaikan, alat ganti dan penyelenggaraan untuk kenderaan yang berusia 5 tahun dan ke atas. Selepas mendaftar,pemilik akan menerima 3 baucar yang boleh digunakan dalam tempoh 3 tahun dimana mereka layak menerima potongan sebanyak 10% ke atas servis, penyelenggaraan serta Bantuan Tepi Jalan selama 12 bulan dari tempoh penebusan baucar tersebut.

Pelan Insurans Audi. -Pakej ini menawarkan kelulusan tuntutan, Bantuan Tepi Jalan Audi secara percuma selama 12 bulan untuk kereta berusia lebih 5 tahun serta jaminan bahawa kerja-kerja pembaikan akan dibuat di pusat badan dan cat sah Audi oleh juruteknik bertauliah. Semua ini dilakukan berdasarkan pembaikan global Audi dan hanya alat ganti tulen Audi digunakan. Rakan-rakan insurans terdiri daripada Allianz General Insurance Berhad, MSIG Insurance (M) Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.

Pakej Pembaikan Audi menawarkan diskaun sebanyak 30% ke atas barangan seperti set brek, penyerap hentak, galas (bearing) dan tali sawat pemasaan untuk kenderaan berusia 6 tahun dan ke atas.

Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos. Ia menawarkan diskaun 20% ke atas alat- alat ganti terplih yang rosak teruk akibat insiden tidak diingini. 

image.png

Selain pelan ini, Audi juga akan melancarkan aplikasi peranti pintarnya tidak lama lagi untuk menawarkan akses pelbagai ciri yang direka untuk membuatkan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada semua pemilik kenderaan Audi (termasuk kenderaan import terpakai).

Menerusi aplikasi ini, ia juga akan memudahkan mereka  mencari stesen pengecasan EV terdekat serta membuat temu janji untuk menghantar kereta mereka untuk diservis.

Pemilik kenderaan Audi yang berminat boleh mendaftar di https://myaudiworldapp.com.my/pre-launch.

Bagi Pelan Pengiktirafan Audi pula, anda boleh melayari laman web www.audi.com.my atau Audi Centre untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5133

SELANGOR

BST3916

JOHOR

JD4711J

PULAU PINANG

PSF2553

PERAK

APL1870

PAHANG

CFH5983

KEDAH

KGH8027

NEGERI SEMBILAN

NEL6509

KOTA KINABALU

SJT8552

KUCHING

QAB4988P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-06-2025
Kereta Baru

08-05-2025
Berita Auto

24-04-2025
Kereta Baru

10-04-2025
Berita Auto

09-04-2025
Kereta Baru

14-03-2025
Kereta Baru

18-02-2025
Berita Auto

15-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.