Tesla Akan Tawar Cybertruck Untuk Pasaran Malaysia?

Mungkinkah Tesla Cybertruck model ketiga yang akan ditawarkan di Malaysia?
Tesla secara rasminya membuka cawangan di negara kita dan model pertama yang akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia ialah crossover kompak, Model Y, dan juga sedan Model 3. Namun benarkah hanya dua model ini sahaja? Jika kita lihat pasaran pemanduan kanan (RHD) lain di rantau ini, terdapat tanda-tanda bahawa mungkin akan ada penawaran model ketiga.
![]()
![]()
Model ketiga yang dimaksudkan ialah Cybertruck yang telah menarik perhatian ramai. Bulan lalu, model ini dilihat diuji dalam cuaca yang ekstrem di New Zealand, yang mungkin menjadi petunjuk bahawa syarikat kenderaan elektrik (EV) Amerika itu semakin serius untuk menjadikan Cybertruck sebagai model baharu yang akan ditawarkan di peringkat global pada masa akan datang.
Jika kita melayari laman web rasmi Tesla Australia, New Zealand, dan juga pasaran RHD lain seperti Hong Kong dan negara dengan pasaran trak pikap yang terbesar dunia, Thailand, terdapat tab dan halaman khusus yang mempromosikan Cybertruck.
Di Malaysia, minat terhadap trak pikap menunjukkan peningkatan yang ketara sejak akhir-akhir ini. Ini terbukti daripada kepelbagaian model yang ditawarkan dalam pasaran seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Isuzu D-Max dan juga Mazda BT-50 yang berkongsi platform sama.



Kereta konsep Tesla Cybertruck yang didedahkan pada tahun 2019
Mungkin dengan peningkatan penggunaan EV dan juga permintaan tinggi terhadap trak pikap dalam kalangan rakyat Malaysia, tidak mustahil sekiranya Tesla Cybertruck akan dipertimbangkan untuk ditawarkan di negara ini.

Tesla Cybertruck dikatakan memiliki ciri utiliti yang lebih baik berbanding trak biasa dan prestasi yang lebih tinggi berbanding kereta sport

Untuk pengetahuan pembaca, Cybertruck adalah sebuah trak pikap yang diperbuat daripada keluli tahan karat dengan sistem enjin tiga motor yang boleh mencapai output 805 hp. Ia juga menjanjikan jarak perjalanan sejauh 800 km selain ciri utiliti yang lebih baik berbanding trak biasa dan prestasi yang lebih tinggi berbanding kereta sport.
Apa pendapat anda mengenai Tesla Cybertruck? Adakah anda tertarik dengan trak inovatif ini? Berapakah harga yang sesuai untuk menjadikannya relevan di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge