ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Gaya Bumbung Roof Art Edition Cukup Bergaya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia memperkenalkan MINI Countryman Roof Art Edition yang menampilkan hasil karya Jared Lim.

Bertemakan  “Foliage” atau “Dedaun”, beliau menerapkan elemen-elemen kebudayaan Malaysia menerusi MINI Countryman edisi baharu ini.

Ketua MINI Malaysia, Linnet Yew berkata, pihaknya sentiasa mendukung semangat diversiti yangmerentasi pelbagai budaya.

image.png

“Menerusi jentera edisi Roof Art yang baharu ini, kami menyokong artis-artis tempatan dalam industri seni, dengan harapan agar kolaborasi seperti ini dapat melahirkan pelbagai produk yang mampu mengeratkan lagi hubungan antara kita dengan para pengguna,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, Lim mempunyai kreativiti dalam pelbagai tema.

“Untuk itu, BMW Group dan Jared telah berganding bahu dalam pelbagai projek, mencetus kelahiran karya-karya menarik yang terus memberi inspirasi kepada kita semua sehingga ke hari ini. 

“Jadi,  kami teruja untuk mempersembahkan MINI Countryman Roof Art Edition yang eksklusif ini kepada para pelanggan kerana ia  menawarkan pengalaman pemilikan MINI yang lebih peribadi buat mereka,” ujarnya.

image.pngimage.png

Untuk makluman, seni  gubahan “Foliage” pada MINI Countryman Roof Art Edition merupakan satu karya visual yang berunsurkan bunga di Malaysia selain bercirikan elemen klasik 

Dalam gubahan tersebut, juga terdapat sayap jata MINI yang menjelma melalui gelombang dan sulaman flora Malaysia. D

Di bahagian tengah, objek hati persis permata merangkapkan motifUnion Jack yang turut menghiasi lampu belakang, meter laju, dan kompas, melambangkan keinginan seorang pengembara untuk meneroka dunia baharu. 

Di antara rimbunan dedaun terdapat bunga raya, melambangkan pelbagai pengalaman berharga yang menanti seorang pengembara.

Selain bercerita mengenai corak pada jentera ini, MINI Countryman Roof Art Edition disumbat dengan enjin  MINI TwinPower Turbo 2 liter, yang mampu menghasilkan 192 kk serta tork 280 Nm.

Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa  7.5 saat manakala  kelajuan tertingginya mencecah 226 km/j.

image.png

Jentera ini dipadankan dengan transmisi automatic sport dwiklac 7-kelajuan.

Menjengah bahagian dalamannya, MINI Countryman Roof Art Edition turut menampilkan kluster instrumen digital 5” yang terletak di belakang stereng.

Ia dipadankan dengan skrin sentuh 8.8” yang merangkumi kemudahan navigasi, sebuah panel kawalan audio, butang lampu kecemasan dan sistem-sistem bantuan pemandu yang diintegrasikan ke dalam unit kawalannya yang berbentuk bulat. 

Terdapat juga paparan Head dan  sistem bunyi HiFi Harman Kardon dengan 12 pembesar suara.

Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM264,888 dan didatangkan dengan tiga pilihan warna: British Racing Green, Chilli Red dan Island Blue .

image.png

MINI Countryman Roof Art Edition ini juga hadir dengan program bantuan tepi jalan selama lima tahun. 

Ia ditawarkan untuk semua kenderaan MINI bersama pelbagai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi:

  • Bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun
  • Talian Bantuan dan Kecemasan
  • Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman)
  • Kenderaan Ganti; Mobiliti Lancar (Seamless Mobility)
  • Akomodasi; Solusi Servis Mobiliti serta Servis Repatriasi.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance) boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808.

Menyentuh mengenai pembiayaan Easy Drive yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan MINI Countryman Roof Art Edition bermula daripada RM 2,345.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 75%, perbatuan 100,000 km bagi tempoh lima tahun).

Untuk keterangan lanjut, KLIK.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-01-2025
EV

25-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024
EV

16-09-2024
EV

20-08-2024
Kereta Baru

01-07-2024
Kereta Baru

21-05-2024
Kereta Baru

21-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.