Range Rover Velar: Harga Kayangan, Boleh Beli Rumah

Range Rover Velar (L560) facelift 2023 yang pernah didedahkan secara global pada awal tahun ini akhirnya sudah mendarat di pasaran tempatan dengan harga bermula dari RM638,800.
Untuk pasaran tempatan, Jaguar Land Rover Malaysia menawarkan dua varian P250 Dynamic SE (M dan H Specs) dan P250 Dynamic HSE (L Specs).


Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, L560 adalah hasil gabungan antara kemewahan dan inovasi.
“Reka bentuknya dan ciri-ciri canggih dan prestasi elektriknya yang mengagumkan menekankan komitmen kami untuk membawakan pengalaman tiada tandingan kepada pelanggan kami yang arif,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Untuk makluman anda, ketiga-tiga varian itu disumbat dengan enjin petrol 4-silinder 2.0 liter turbo yang mampu mengeluarkan kuasa setakat 247 hp dan 365 Nm.

Difahamkan, kuasanya dialirkan ke kotak gear automatik ZF lapan-kelajuan sebelum diagihkan ke kesemua roda menerusi sistem AWD. Gabungan antara kesemuanya membolehkan Velar memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksima 217 kilometer sejam.
Malah, fungsi dinamik adaptif yang disediakan sebagai ciri standard bagi model H Spec dan L bagi memastikan suspensinya kukuh dalam apa jua keadaan pemanduan, selain dapat meningkatkan tahap keselesaan dan pengendalian kenderaan.

Bagi varian tertinggi, L, ia dilengkapi dengan lampu depan Pixel LED yang sangat nipis dengan lampu nyalaan siang yang berbentuk permata sekali gus membawakan penampilan visual luar biasa pada spek L ini.
Malah, varian L juga dilengkapi dengan Sistem Pembersihan Udara Kabin menyediakan kualiti udara terbaik.
Nilai estetika ruang kabin varian Ldisempurnakan dengan fungsi lampu ambien yang membolehkan pemandu memilih daripada 30 warna.
Jadi bagi yang berminat, tempahan jentera ini sudah pun dibuka atau anda boleh mengunjungi bilik pameran Jaguar Land Rover di Blok 4, Jaguar Land Rover, Sime Darby Motors City, No. 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.landrover.com.my/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K
Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Ini perinciannya...
20-02-2024
Range Rover Sport 2023 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM1.6 Juta
Range Rover Sport generasi ketiga dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia.
20-10-2023
[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover
Ada ura-ura mengatakan bahawa Jaguar Land Rover (JLR) mahu melakukan pemasangan CKD di Malaysia.
30-03-2023
Berita Terkini
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat