ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Smart#3 Pasaran Eropah Ada Edisi Khas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas membuat penampilan di pameran Auto Shanghai 2023, SUV smart#3 EV itu pula ditayangkan di acara  IAA Mobility 2023  yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

Selain tiga varian standard, spesifikasi #3 untuk pasaran Eropah ini  turut didatangkan dengan edisi khas sempena ulang tahun yang ke-25 syarikat tersebut.

Untuk pengetahuan anda, smart #3 merupakan model yang lebih besar berbanding #1 selain turut menampilkan siluet coupe-SUV yang  agak sporty.

image.png

Selain fasad dan siluet sporty, kedua-dua model ini sebenarnya agak serupa.

Ia susulan daripada  reka bentuk lampu hadapan LED yang sama termasuk  lampu nyalaan siang hari berbentuk Y lampu belakang LED macam Mercedes dan terdapat juga  bar LED lebar.

Untuk pasaran Eropah, smart #3 didatangkan dalam dua varian: Pro+ dan Premium.

Kedua-duanya dikuasakan dengan motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan setinggi 268hp.

Sementara itu, varian tertinggi Brabus pula didatangkan dengan motor elektrik berkembar yang menghasilkan kuasa setinggi 422 hp.

image.pngimage.png

Ini membuatkan Brabus mampu memecut dari  0 hingga 100 kilometer sejam (km/j ) hanya dalam masa 3.7 saat.

Sama seperti adik-beradiknya, semua varian #3 dibina berdasarkan platform SEA Geely dan disumbat dengan pek bateri berkapasiti 66 kWh.

Dengan adanya kapasiti bateri ini, varian RWD smart #3 mampu melakukan perjalanan sejauh 455 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.png

Bagi model AWD pula, pergerakan elektriknya rendah sedikit iaitu cuma 435km.

 Menyentuh mengenai pengecasan, jika EV ini menggunakan pengecasan pantas DC sehingga 150 kW, baterinya akan penuh dari 10 hingga 80 peratus dalam  dalam masa 30 minit.

Seperti yang kami nyatakan tadi, memandangkan ada edisi khas sempena ulang tahun syarikat itu, maka, ada beberapa ciri tambahan untuk edisi ini.

image.png

Antaranya, lampu depan LED yang dinaik taraf, ada sentuhan aksen merah di beberapa bahagian dan bahagian kabin juga dipasang dengan lencana yang tertera perkataan 25 Anniversary Edition.

image.pngimage.png

Malah, bahagian tempat kerusi menerima kemasan kulit dua tona, ada perehat kepala selain bumbung panorama.

Bagi bahagian kabin, ia didatangkan dengan ciri-ciri teknologi premium seperti  paparan infotainmen bersaiz 12.8 inci, kluster instrumen digital 9.2 inci, paparan HUD 10 inci, serta sistem hi-fi premium Beats 13 dengan pembesar suara.

image.pngimage.png

Dikhabarkan, smart #3 akan mula dijual di pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini, di mana penghantaran pertama akan dibuat pada awal tahun 2024.

Bagaimanapun, harganya juga masih belum didedahkan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Beli smart #1 Sekarang, Ada Tawaran Istimewa

Kempen smart Ri-Ya sudah bermula.

14-03-2024
Pandu Uji

Kereta smart#1 Memang "SMART" Habis

Penulis berkesempatan memandu uji dua varian smart#1 baru-baru ini.

18-10-2023
Kereta Baru

Ini Dia BRABUS, Sporty Habis, Nampaknya Boleh Laku Keras

smart Malaysia memperkenalkan secara rasminya model perdana smart #1, varian BRABUS sebentar tadi.

05-10-2023
EV

Jadi Pelanggan Terawal, Ada Tawaran Menarik

Ada tawaran menarik buat pelanggan terawal yang menempah EV ini menerusi aplikasi Hello smart.

20-09-2023
Kereta Baru

smart#1 Dah Boleh Tempah Hari Ini!

Bayaran tempahan akan dikembalikan jika tak jadi beli.

30-08-2023
EV

smart #1 2025 Semakin Berkuasa & Elegan

Sebagai model global, smart #1 kini berkemungkinan akan memasuki pasaran Malaysia dalam versi facelift.

21-03-2025
EV

Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina

Pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 dan model keluaran anak syarikatnya, Pro-Net, iaitu smart #1 dan smart #3, dapat menikmati diskaun.

24-01-2025
EV

smart Tour Brand Roadshow Kini Berlangsung di Midvalley Southkey Mall, JB – Pandu Uji smart #1 & #3, Tawaran "BRABUS Fever"

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan kenderaan elektrik (EV) smart #1 dan smart #3 yang sarat dengan kecanggihan dengan lebih dekat lagi sempena smart Tour Brand Roadshow.

20-09-2024

Berita Terkini

EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.