Chery Aero, Kereta Paling Aerodinamik Di Dunia

Tahukah anda, Chery Aero Concept adalah salah satu kereta paling aerodinamik di dunia.
Pengeluar kereta dari China itu ada menayangkan kereta itu sempena Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa Chery (2023) pada bulan lepas.
Apapun, gelaran itu sebenarnya tidak langsung memeranjatkan memandangkan Aero Concept layak dinobatkan sebagai kereta paling aerodinamik di dunia.
Tengok sahaja gambar-gambar yang dikongsi, ia kelihatan cukup futuristik selain menampilkan siluet yang agak mantap dan garis bumbung yang sporty.


Ia diinsipirasikan daripada bentuk ikan tuna dimana konsep Aero sebenarnya telah dibangunkan dengan bantuan simulasi AI.
Reka bentuk kerangka badannya dilengkapi dengan tidak kurang daripada empat set peranti aero aktif.
Keempat-empat set itu sebenarnya untuk membantu konsep EV ini mencapai kadar pekali seretan serendah (Cd) 0.168.
Dengan angka Cd itu, Chery menghebohkan bahawa konsep Aero sebagai kereta paling aerodinamik pernah dibuat walaupun dakwaan ini sudah disangkal selepas siasatan lanjut.

Ini kerana ada beberapa kereta konsep pernah merekodkan kadar pekali yang lebih rendah berbanding Aero Concept.
Sebagai contoh, kereta konsep Volkswagen ARVW mencapai Cd 0.15 pada tahun 1970-an, manakala Ford Konsep Probe V berjaya memecahkan kejayaan ini pada tahun 1985 dengan merekodkan Cd yang cukup mengagumkan iaitu sebanyak 0.137.
Apapun, usaha Chery untuk menghasilkan kereta paling aerodinamik wajar dipuji, terutamanya bagi syarikat kereta yang ditubuhkan kurang daripada tiga dekad lalu.
Apa yang pasti, usaha Chery dilihat amat penting untuk pembangunan EV masa depan kerana aerodinamik memainkan peranan yang besar dalam membantu mengekstrak lebih banyak prestasi dan jarak jauh dari EV.
Berbalik kepada Chery Aero, konsep EV ini juga mempunyai beberapa elemen reka bentuk yang kelihatan futuristik.

Ini termasuk lampu depan jenis LED yang, roda bercahaya dengan reka bentuk tertutup sepenuhnya, pemegang pintu jenis flush dan ia tidak dilengkapi dengan cermin sisi sebaliknya digantikan dengan kamera.


Berdasarkan penampilannya yang sangat futuristik, adalah lebih selamat untuk mengandaikan bahawa konsep Aero masih jauh dari bentuk pengeluaran terakhirnya.
Ini juga menyebabkan Chery enggan mendedahkan sebarang spesifikasi trenkuasanya namun konsep baharu Chery Aero menjanjikan masa depan yang sangat mengujakan untuk pembuat kereta China itu, terutamanya dalam zaman elektrifikasi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat